Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 4, 2015

Permata Hati Mama

Muhammad Syahmi..

Ketahuilah ini, kelahiran kamu lewat 2 hari daripada EDD mama, dengan 3.2 kg normal delivery but mama terpaksa di induced kerana air ketuban sudah kurang dan mama tiada tanda untuk melahirkan kamu.
Bermula dari kamu  umur 20 hari, kamu dibawa ke hospital kerana sepanjang malam menangis. Mama teman kamu di NICU selama 4 hari.
Kemudian kamu dikejarkan ke ICU pada hari ke-26, 4 jam kamu di sana. Mama dan abah cuba to stay strong for you
Hari ke-27 hingga hari ke-57 kamu di wad selama hampir sebulan, mama temankan kamu.

Menjaga kamu memang banyak dugaan, kewangan dan ujian untuk abah dan mama.
Macam-macam kaedah kami cuba untuk kamu.
Walaupun kamu belum pernah memanggil nama abah dan mama.
Walaupun kamu bukan seperti anak2 yang lain sebaya.
Percayalah kamu memang kesayangan abah dan mama, atok mak, mak long, pak ngah dan pak su serta mak su.
You are very special for us. Your smile and laughter makes us happy parent.
And we thank Allah for the amanah dan pinjamanNya.
We will care for you the best that we can hingga akhir hayat abah & mama.
Kehadiran kamu memang membahagiakan kami.

We Love You Very Much, Muhammad Syahmi





No comments:

Post a Comment