Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 4, 2015

2015

Assalamualaikum dan selamat petang..

hukhukhuk.... 4 Februari 2015. Selamat tahun baru 2015, hahaha. Dah lambat bebenar kan. Tuhlah asyik tgk dan baca blog orang, blog sendiri entah ke mana. Orang nak buat blog, ko nak buat gak... Kikikiki... Lantak lah di situ. Ini kenangan dan ibarat diari sendiri.

Ok2, meh kita cerita apa yang berlaku..

1. Anak bulus - Rio dah hilang dekat sebulan... Cage lupa nak tutup, salah diri sendiri. Harap rio ada orang yang bela.. Tapi kan, dia tu penakut... Emm, apapun, hidup atau mati Rio tetap ke syurga. Sorry tau Rio... Syahmi pun sedih kucing dia hilang. Sebab Rio tu membesar dengan Syahmi dalam perut lagi. Hehehe. Selalu dok kat Jan. Tuh yg Syahmi pun minat kat dia kot.

2. Syahmi - Pertama hati dan amanah Allah, pinjamanNya untuk kami. Ujian demi ujian Allah berikan untuk menguji kami. Still now, Syahmi takde wording dari mulut dia. Dah 2 tahun 2 bulan. Susu pun belum tukar. Try sustagen arituh, habis cirit birit, kembung dan kentut busuk - google2 apa yang patut, rupanya itu tanpa2 allergic laktosa. Ingatkan ok, sebab ada anak kawan office pun allergic susu lembu, tapi minum Sustagen ok. Habis susu sustagen, keluar semua bintik2 merah kat kaki dan peha Syahmi.. Ayoyoyo, mak dah risau. Macam ruam tapi tak gatal. 2 hari kemudian, baru takde.

Appointment Syahmi ada 3 - Carakerja, Speech, Klinik Pakar.

3 bulan sebelum ini, ada appointment Dr. Suspected austisme pulak. Adusshhh, sedih dan syahdu hati mak... Dah lah anak pertama, dari kecil sampai besar banyaknya ujian untuk kami dan syahmi. Tapi kami redha kalau dah ditakdirkan Syahmi anak Syurga. Mungkin minor sahaja. Sebab Syahmi ada eye-contact, social ok, tak takut orang, just dia belum boleh bercakap dan slow progress. So next kaedah - amalkan ayat Surah Toha..

Isnin lepas, Dr cakap mungkin Fragile-X Syndrome pula. Mak is already confused! huhu.

Apapun, Dr just boleh suspect sahaja selagi takde yang official result.  Jan sentiasa berdoa Syahmi dipermudahkan segalanya untuk urusan nya.

Arituh dah bawak Syahmi naik flight gi KB. Alhamdulillah, mungkin timing tidur dia, so dia memang tido masa pergi dan balik, walaupun mak ko dah sediakan segala mainan dan makanan just in case dia mengamuk. hehehe. 

Syahmi gak nak bawak gi melancong kat Penang, naik Feri... takde perasaan pun budak tu. huhuhu.

Kadang2 angin gak ngan perangai Syahmi ni.. Marah dia pun, bukan dia faham... Sengih je..
KB

Surau KLIA 2

Jan suka tengok perkembangan anak2 orang yang seiring dengan umur. Antara nya, Shein hensem anak Su yang comelnya, pandainya, semangatnya.... Eee, geram tgk Shein tau... Dan Fiska Medina - ibu muda dan jelita, blogger Irine. Medina pun nak jadi kakak dah, alhamdulillah. Selalu tgk video Medina kat IG Irine ni. Lagi, Daniel anak usahawan Internet yang jelita dan comel Vivy. Daniel ni pun very cute and cheeky.. Cara Vivy tulis dan cerita sangat best dan kelakar. Selain itu Raiisha anak Kathy dahlah mak lawa, anak cute, suka tgk outfit2 raicha..

Tapi tuhlah anak2 ni, lain2 kan.. Kita ni mak2 bersyukur dan berbangga lah dengan anak kita. Jangan banding2 kan...Gitu, positifkan thinking. Tapi Jan memang SUKA sgt tengok perangai anak2 yang di stated kat atas tu...


3. Work & Study

Ini adalah topik yang paling pendek nak ulas... MALAS... hahahaha.
Kadang2 banyak benar kerja, kadang2 takde kerja (actually ada je kerja, mood nak buat tu yang ke laut) hehehe.
Rasa macam nak tangguh belajar, sebab nak tumpu pada Syahmi. It takes a lot of time to train and educate him. Kena layan dia betul2. Dan memang kebanyakan masa Jan dan Syahmi je berdua.. So memang masa banyak berdua. 

Tapi tuhlah, kadang2 kita balik kerja pun  nak rehat dan penat.. So memang kadang2 tak terlayan dia.. Sian dia main sorang. Anak baru sorang kan, Jan taktahu lah macamana ibu2 yang bekerja dan duduk PJJ ada anak 2-3 orang... Gugur jantung jap. hehe.

Kesimpulan, Allah pun takkan berikan kita ujian, kalau Dia rasa kita tak mampu. Mungkin ini adalah petunjuk dariNya untuk lebihkan amalan dan lain2 yang menghapuskan dosa2 kecik kami,

Oklah. Lainkali kita sembang lagi.
Mama sayanggggg Syahmi tau...:D tetiba..

No comments:

Post a Comment