Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 8, 2015

September 2015

Assalamualaikum semua...

Perkembangan? Well memang makin berkembang, berat bertambah, muka bertambah bulat...hahaha... Nasiblah badan. Nak diet2, semuanya terkubur. Salahkan siapa? salahkan diri sendiri.... Makan banyak, kalori tak terbuang...so jadilah lemak tepu... Haihhhh.. tak boleh jadi ni, memang kena diet... kalau nak 2nd child, Jan memang kena kuruskan badan, kurangkan berat... Tapi tuhlah, umur pun makin meningkat, upaya dan tenaga pun dah kurang... Jaga anak sorang pun dah penat...hahahaha... Maka, sila berkahwin di usia muda jika dah sampai jodoh ya. Insya allah...

Syahmi? Jan try susu Enfagrow A+ Gentlease


3 minggu try, tapi tak konsisten bagi setiap hari.. tup tup dia allergic! timbul ruam2 macam campak. Jan dah risau, ingat memang demam campak...tapi jumpa Dr, dia ckp Allergic... arghhh lega...

So memang ruam2 satu badan..muka, kaki.... Syahmi syahmi.... punah harapan nak bagi Syahmi susu dengan DHA.. nampaknya akan still continue utk search susu lain pula.

Syahmi still tak tahu bercakap lagi... Tapi ada banyak progress lah dari dulu.. Dah pandai naik dan turun tangga, dah pandai makan sendiri, minum sendiri.. (tapi mak dia tetap suapkan - sebab Syahmi jenis tak makan banyak, so kena paksa makan), ada lah kadang2 dengar phonic lain... tapi dia tak merujuk pada sesiapa atau apa2.. Tapi dia tahu apa yang dia nak, dia akan ambil, berusaha ambil.. Kalau tak dapat, dia suruh kita ambil. Kalau salah, dia nangis, kalau betul barangnya, dia gembira... hahahaha.,... penat nak digest apa yang dia nak, sebab tak bercakap kan.... Kalau dia nak susu, dia cari botol dia...tak boleh buka cap tu, dia minta kita buka kan... Kalau count 1-5 dengan jari... so dia akan hi-5 kat palm kita bila dah sampai kiraan 5.

Apapun, Syahmi memang anak istimewa....And I am proud to have him.

Mama sayang Syahmi... ( rasa mcm Syahmi je sorang anak ku... hehehe...Takde rezeki nak 2nd child, umur pun dah meningkat...) hahaha

Ohhh, ada lagi beberapa menda yang baik untuk sharing is caring....

a) Skincare - Jan try ellfie skincare iaitu hasil usahasama yang terbaik dari 3 orang blogger yang jan minat iaitu Kak Filla Kak Elly & Peej. Jan try masa depa introduce the product..dari bulan Mac 2015... until now, dah beli 2nd time untuk loose product cleanser, loose item - toner dan 1 set lagi..

                                                       Kredit to : Kak Filla

Dari sudut Jan.. memanglah it is on individual hormone and skin kan... Tapi pada Jan, this is the right skincare for me.. Walaupun lambat proses nya takpe, sebab natural kan.. Ada juga user yang cepat nampak resultnya, tapi bagi Jan.. memang lambat sikit sebab kulit jan sensitif.. hehe. Pakai 2 minggu dah mengelupas, mengadu kat Kak Elly dalam WA.. dia suruh proceed... eventually, lama2 hilang dan kulit jadi sekata, kurang oily, pori mengecil dan jeragat pudar skit, wlupun muka sekarang belum flawless lagi dan gebu lagi...hehe. Yang paling jan suka adalah cleanser dan night cream! Terbaik!!!

Jan memang akan setia dengan produk ini.... Kipidap team Ellfie... Depa pun dah ada office sendiri... Kalau berminat, depa ada agen di seluruh negeri.... boleh gi blog Kak Filla dan sila cuba... Jan takde nak paksa... tapi it depends on individual lah kan... U know apa yang sesuai dengan skin sendiri. All the best

b) Manja Sireh by Fqya Signature

Jan suka produk ni... long lasting, wangi, segar, pekat... 1 botol pakai, nak dekat 3 bulan kot... Jan beli kat Ain 0134855562 atau IG @zunurainsalleh. Ain ni memang baik hati..seronok membeli dengan beliau...Sila lah try ek... Dan Irine ada buat entry produk baru company Manja Sireh ni iaitu ------ Terraskinz dan beliau pun memang pengguna Manja Sireh ni...Jan pun try beli dengan Ain gak... Baru lagi...so takde testimoni.
                                                                Kredit to : rztuah.blogspot.com

Oklah, sampai sini aja ek.. ada orang nak jumpa. Till then bubai. Assalamualaikum




Wednesday, February 4, 2015

Permata Hati Mama

Muhammad Syahmi..

Ketahuilah ini, kelahiran kamu lewat 2 hari daripada EDD mama, dengan 3.2 kg normal delivery but mama terpaksa di induced kerana air ketuban sudah kurang dan mama tiada tanda untuk melahirkan kamu.
Bermula dari kamu  umur 20 hari, kamu dibawa ke hospital kerana sepanjang malam menangis. Mama teman kamu di NICU selama 4 hari.
Kemudian kamu dikejarkan ke ICU pada hari ke-26, 4 jam kamu di sana. Mama dan abah cuba to stay strong for you
Hari ke-27 hingga hari ke-57 kamu di wad selama hampir sebulan, mama temankan kamu.

Menjaga kamu memang banyak dugaan, kewangan dan ujian untuk abah dan mama.
Macam-macam kaedah kami cuba untuk kamu.
Walaupun kamu belum pernah memanggil nama abah dan mama.
Walaupun kamu bukan seperti anak2 yang lain sebaya.
Percayalah kamu memang kesayangan abah dan mama, atok mak, mak long, pak ngah dan pak su serta mak su.
You are very special for us. Your smile and laughter makes us happy parent.
And we thank Allah for the amanah dan pinjamanNya.
We will care for you the best that we can hingga akhir hayat abah & mama.
Kehadiran kamu memang membahagiakan kami.

We Love You Very Much, Muhammad Syahmi





2015

Assalamualaikum dan selamat petang..

hukhukhuk.... 4 Februari 2015. Selamat tahun baru 2015, hahaha. Dah lambat bebenar kan. Tuhlah asyik tgk dan baca blog orang, blog sendiri entah ke mana. Orang nak buat blog, ko nak buat gak... Kikikiki... Lantak lah di situ. Ini kenangan dan ibarat diari sendiri.

Ok2, meh kita cerita apa yang berlaku..

1. Anak bulus - Rio dah hilang dekat sebulan... Cage lupa nak tutup, salah diri sendiri. Harap rio ada orang yang bela.. Tapi kan, dia tu penakut... Emm, apapun, hidup atau mati Rio tetap ke syurga. Sorry tau Rio... Syahmi pun sedih kucing dia hilang. Sebab Rio tu membesar dengan Syahmi dalam perut lagi. Hehehe. Selalu dok kat Jan. Tuh yg Syahmi pun minat kat dia kot.

2. Syahmi - Pertama hati dan amanah Allah, pinjamanNya untuk kami. Ujian demi ujian Allah berikan untuk menguji kami. Still now, Syahmi takde wording dari mulut dia. Dah 2 tahun 2 bulan. Susu pun belum tukar. Try sustagen arituh, habis cirit birit, kembung dan kentut busuk - google2 apa yang patut, rupanya itu tanpa2 allergic laktosa. Ingatkan ok, sebab ada anak kawan office pun allergic susu lembu, tapi minum Sustagen ok. Habis susu sustagen, keluar semua bintik2 merah kat kaki dan peha Syahmi.. Ayoyoyo, mak dah risau. Macam ruam tapi tak gatal. 2 hari kemudian, baru takde.

Appointment Syahmi ada 3 - Carakerja, Speech, Klinik Pakar.

3 bulan sebelum ini, ada appointment Dr. Suspected austisme pulak. Adusshhh, sedih dan syahdu hati mak... Dah lah anak pertama, dari kecil sampai besar banyaknya ujian untuk kami dan syahmi. Tapi kami redha kalau dah ditakdirkan Syahmi anak Syurga. Mungkin minor sahaja. Sebab Syahmi ada eye-contact, social ok, tak takut orang, just dia belum boleh bercakap dan slow progress. So next kaedah - amalkan ayat Surah Toha..

Isnin lepas, Dr cakap mungkin Fragile-X Syndrome pula. Mak is already confused! huhu.

Apapun, Dr just boleh suspect sahaja selagi takde yang official result.  Jan sentiasa berdoa Syahmi dipermudahkan segalanya untuk urusan nya.

Arituh dah bawak Syahmi naik flight gi KB. Alhamdulillah, mungkin timing tidur dia, so dia memang tido masa pergi dan balik, walaupun mak ko dah sediakan segala mainan dan makanan just in case dia mengamuk. hehehe. 

Syahmi gak nak bawak gi melancong kat Penang, naik Feri... takde perasaan pun budak tu. huhuhu.

Kadang2 angin gak ngan perangai Syahmi ni.. Marah dia pun, bukan dia faham... Sengih je..
KB

Surau KLIA 2

Jan suka tengok perkembangan anak2 orang yang seiring dengan umur. Antara nya, Shein hensem anak Su yang comelnya, pandainya, semangatnya.... Eee, geram tgk Shein tau... Dan Fiska Medina - ibu muda dan jelita, blogger Irine. Medina pun nak jadi kakak dah, alhamdulillah. Selalu tgk video Medina kat IG Irine ni. Lagi, Daniel anak usahawan Internet yang jelita dan comel Vivy. Daniel ni pun very cute and cheeky.. Cara Vivy tulis dan cerita sangat best dan kelakar. Selain itu Raiisha anak Kathy dahlah mak lawa, anak cute, suka tgk outfit2 raicha..

Tapi tuhlah anak2 ni, lain2 kan.. Kita ni mak2 bersyukur dan berbangga lah dengan anak kita. Jangan banding2 kan...Gitu, positifkan thinking. Tapi Jan memang SUKA sgt tengok perangai anak2 yang di stated kat atas tu...


3. Work & Study

Ini adalah topik yang paling pendek nak ulas... MALAS... hahahaha.
Kadang2 banyak benar kerja, kadang2 takde kerja (actually ada je kerja, mood nak buat tu yang ke laut) hehehe.
Rasa macam nak tangguh belajar, sebab nak tumpu pada Syahmi. It takes a lot of time to train and educate him. Kena layan dia betul2. Dan memang kebanyakan masa Jan dan Syahmi je berdua.. So memang masa banyak berdua. 

Tapi tuhlah, kadang2 kita balik kerja pun  nak rehat dan penat.. So memang kadang2 tak terlayan dia.. Sian dia main sorang. Anak baru sorang kan, Jan taktahu lah macamana ibu2 yang bekerja dan duduk PJJ ada anak 2-3 orang... Gugur jantung jap. hehe.

Kesimpulan, Allah pun takkan berikan kita ujian, kalau Dia rasa kita tak mampu. Mungkin ini adalah petunjuk dariNya untuk lebihkan amalan dan lain2 yang menghapuskan dosa2 kecik kami,

Oklah. Lainkali kita sembang lagi.
Mama sayanggggg Syahmi tau...:D tetiba..