Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 16, 2014

18 Ramadhan 1435/ 16 July 2014

Assalamualaikum & Selamat Petang

Walaupun hari ini hari Rabu - supposed to be WW - tapi tak kira nak cerita panjang lebar jugak!! hahaha

Ampun dan maaf ya, kerana lamaaaaaaaa gilerrrrrr ilang tanpa arah..hehehe. Buzy satu hal, malas pun satu hal.. Lebih menumpukan pada media sosial seperti Instag dan FB..  Lagi2 kat ofis ni dah ada WiFi..hehehe. So, memang selalu ON whatsapp, instag, fb. Kat PC, FB dah kena block..kikiki.. (eh, mcm nama pemilik peugeot putih yg tengah viral sekarang..hahaha).. Haipppp, back to real world!

Ramadhan 1435 & Raya 2014
Ramadhan ke-18 dah.. Tup2, next week nak raya. Bagus!!!! Rumah tak kemas lagi, tak baiki lagi, good!!!!! Banyaknye hal nak buat kat rumah tuh. Lap peluh!!! Mengemas di bulan puasa, alahaiiii... Insya-Allah akan selesaikan sebelum balik raya..  Raya ni turn Melaka. Raya ke-2 baru ke Muar ya... Biskut raya takde pun beli utk raya, tapi utk makan, boleh? Hahaha. Baju raya Abah & Anak dah selesai beli. Baju mama dia? Well, tengok lah silap2 pakai je baju yang ada je...hehehe. Tapi rasanya, dah banyak beli baju baru kat online, ehhhhh! hahaha. Beli memang banyak, tapi theme color pula takde.. En. suami kata, nanti dia nak belikan sepasang dan tudung sekali, YES!!! Tapi tuhlah, entah jumpa ke tak yang berkenan dan sesuai dengan saiz extraplus ni kan! Oh, ya badan tak slim2 lagi yeeeeee. TAK BERJAYA! hahaha. Sila cuba lain kali ek..

Anak
Setakat ni masih seorang lagi, dah  20 bulan.. Hush semangat! Last week timbang 11.8kg, tapi sekarang tengah selsema dan batuk, selera pun ke laut, so rasanya dia akan slim skit. Berjangkit dengan abah dia lahhhh.. Tapi musim lah sekrang kan. But, still alhamdulillah Syahmi still nak susu dan makan sket2. Kalau tak, lagi risau! Update Syahmi :
a) Still takde wording dari mulut dia - bulan depan ada appointment kat ENT (Pertuturan). Well, jealous jugak tgk budak baya2 dia dah pandai keluarkan perkataan. Syahmi a bit slow progress dia, makan pun tak reti sendiri lagi, minum air pakai straw pun tak pandai lagi.. Pendek kata, not like normal kids yang sebaya dia progress nya. BUT, he is OUR PERMATA dan AMANAH.. Kami akan menjaga beliau sepenuh hati & sebaik mungkin..Insya-Allah. DOakan sahaja yang terbaik untuk perjalanan Syahmi, ek..

b) Dah pandai jalan dah, masa 18bulan. Lambat kan? Tapi, alhamdulillah.
c) Susu belum sepenuhnya bertukar. Baru mix kan dengan Karihome.. Makan nasi biasa dah sekarang baru sebulan, takmau bubur dah...hehe
d) Budak yang pandai sangat berlakon dan drama.. Nangis beria, tapi bila dah dapat ada yang dia nak, dia punya lebar senyum, ishhhh..

Apapun, kesayangan sungguh!!!!

Ramai jugak blogger yang Jan kenal dan anak depa lebih kurang baya Syahmi atau tua 2 tahun, dah berbadan dua dan ada yang dah dapat baby baru-baru ni. Contohnya, Kina Liyana dan ada juga yang berbadan dua macam Nana dan Nadeeya. Alhamdulillah, happy for them. Even, kawan2 kerja ni pun ada yang dah mengandung 2nd child, even 3rd child.. Cuma rezeki Jan belum sampai. Mungkin ada, mungkin tiada. Apapun, ini semua kerjaNya kan.. Oh, dan my bff masa sek men hingga zaman Univ sehingga sebelum beliau berkahwin, Zaidi Zahari & Safiah (isterinya) sedang menanti anak twins (girls) tak lama lagi insya Allah.. anak ke-3 depa.. Haiii, untungnya dapat twins..kalau dapat tak seiras lagi heaven kan! hehe

Media Sosial
Sekarang tengah aktif dalam Whatsapp - member sekolah menengah dulu, families dan kawan2.. Best juga dapat  berjumpa di media sosial ni.. Masing2 dah lain benar.. Rupa bapak2 orang dah semua! hahaha. Yang perempuan je maintain!!! hhhahahahahahah, ini namanya perasan! padahal dah kembang2..hehe

Kerja & Belajar
Still di post lama, tak mungkin sampai semester ini je, Sebab nanti next sem ada orang yang lebih layak untuk duduk di sini... Oh, bekerja dan belajar amatlah mencabar dan memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Orang yang pemalas dan suka main2 mcm diri ini memang payah nak sesuaikan masa dan curi masa buat research! hahahaha. SV selalu keep update dan remind... Tq Dr!!!! Tapi diri ini pula yang pemalas... Hisshhhhhhh, cannot lah like this Jan!!!! Please be more rajin! Awak tuh dapat tajaan ok!!!!!! Baik KPM, saya cuba! hahaha. Doakan saya!!!! Yehahhh

Kawan2
Tiada istilah kawan2 lah.. Kawan2 saya adalah families saya.. Kat ofis ni, semua kawan ofis.. Takde bff pun...Sedih kan? Orang tak suka kita....kuang2x..

Oittttttt, oklah tuh banyak dan panjang lebar... Nanti sambung lah... Ingat ek, hari ni 5.28pm boleh check kiblat anda betul ke tak, tgk matahari kat mana ek...

Assalamualaikum! Salam berbuka dan berterawih..


Tuesday, January 7, 2014

Shaklee!

Assalamualaikum 

Just nak maklumkan, Jan dah jadi ahli Shaklee. No ID : 1065937. Jom guna Shaklee. Memang consume Shaklee ni. Banyak kelebihan nya.. Jom kawan!

pic credit to nadyshoppe.wordpress.com