Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 25, 2013

Alhamdulillah

Assalamualaikum Semua

Firstly, syukur dan alhamdulillah kerana syarikat memberikan imbuhan untuk tahun 2013. Bersyukur sangat atas pemberian cik B.. Bila tgk slip semalam, marvelous.. Alhamdulillah, ada bahagian untuk Jan dan keluarga. Walaupun hanya 4angka tidak mencecah 5k pun, apatah lagi 5 angka..(itu semua big2 bos je dapat 5angka ye, berbelas2 ribu depa dapat). Syukur sangat..Bershopping raya tuh idaklah, ala kadar je kot. Baju sendiri dan baju Syahmi dah ada, cuma belum bayar je..hehehe. Mari kita bayar hutang!


Dengan cik B ini lah Jan membayar segala hutang2 yang ada dan membeli sedikit vitamin Shaklee untuk kesihatan. Biasalah bila dah sesak, adik-beradik yang kaya raya kita cari, minta bantuan, hehehe. So, ada cik B ni lah Jan top up balik semua hutang2 dan janji2 yang selalu buat..order dulu, bayar kemudian...hiks. Well, dah berhutang pandai2 lah nak bayar ye kawan-kawan.. Jangan buat2 lupa atau elak2, sebab kita pun kena fikir entah2 orang yang kita pinjam dulu tuh kesempitan wang atau nak guna duit...So, pepandailah kita yeee.

Dan bila dapat cik B barulah terasa berkat kesabaran & kesetiaan Jan dok di sini, terasa lah berbaloi jugak. Ok, bekerja dengan lebih hebat ye kawan2.. Jangan selalu elak2 kerja dan dok buat hal sendiri tak pikir hal orang lain..hihihi  

Hari ini dah 16 Ramadhan.. Alhamdulillah, dah separuh jalan untuk ke bulan Syawal. rasa mcm tak cukup lagi buat ibadat, macam tak grab peluang2 yang ada di bulan mulia ini..Hmmm, kena start ni Jan! Kayuh untuk grab pahala ramadhan. Adus, memikirkan badan penat, mata ngantuk, jaga si kecik tuh pula, entah bila Jan nak curi masa untuk membuat ibadat ye..Insya Allah, kena kuatkan azam ni!!! Caiyok!

Menu berbuka dan bersahur, ala kadar je. Kadang2 masak kadang2 beli...Apapun, memang bangun sahur..Dah makin banyak hari berpuasa ni, lagi rasa makin malas nak masak...Hahahah. Jan masak bubur Syahmi je, tiap2 hari dalam pukul 7.00 lebih tuh, dah start panaskan bubur dan blend dengan puree untuk bawak bekalkan pada pengasuh.

Eh, panjang lak.. Nah Jan bagi picture orang tak puasa! kikiki


Ok, till we meet again..Assalamualaikum

2 comments:

  1. Salam. blh sy tau kt mn nk bli mamex gold pepti di melaka. Farmasi or paed specialist clinic ye? tq

    ReplyDelete
  2. Cik Anon

    Saya beli kat agen dumex melalui doktor di hospital.. dan farmasi pun ada, tapi yang selected lah...Hope dapat membantu...

    ReplyDelete