Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 27, 2013

Makan & Online Shopping

Assalamualaikum semua

Ada ke yang nak menjawab ni? Takpe, kita teruskan juga menulis dengan beranggapan ramai yang baca... Hehehe. Orang syok sendiri memang macam ni, hahaha.

MAKAN - Mommy and Son

Iya, mak dan MIL serta en.suami dah berbunyi apabila diri ini sudah berisi aka GEMUK lah..hahaha. Tgk tuh, kalau mak sendiri cakap, no sentap2 dan malu, wokey! Tapi kalau MIL dah tegur, rasa mcm berapi je dan malu sgt, bila balik kampung MIL je, sure ada diselitkan pasal KURUS! Hari tu :

MIL, "ibu, kalau jaga anak, mesti kurus, banyak keje rumah nak urus, jaga baby lagi" 

Ok, Jan sentap dan terasa. Tapi, as a good DIL, I keep calm and smile je! Kalau mak sendiri, haruslah, Jan balas dengan denial mode punya status...hahahaha. Wlupun dulu sebelum kawin dan sebelum ada anak, idoklah slim mana...pakai size size L, XL dan XXL gak (tgk baju). Betul!!! Cuma bila dah bersalin, dan tak betul2 pantang serta baby pun keluar-masuk hospital, Jan mengabaikan konsep pantang! Maka, sekarang terimalah badan yang mengembang dan urat2 pun kembang, lalu badan sakit2....Nak gi URUT!!!!!
En.suami pun dah sound :

Suami : "sayang nak tak slim balik , sayang?"

Eh, Jan pun jawab "Mestilah, nak.. Sure boleh"..
 
Ya, jawapan kenalah penuh semangat dan positif ye adik2...Hahaha. Maka, baru2 ni Jan mula berdiet, control makan.. Menjaga si kecik yang meragam buat Jan stress kot, bila stress dan tak cukup tido Jan lapar, Jan makan! hahaha. Senaman belum lagi, tengah adjust waktu yang sesuai, tengok waktu si kecik tido tuh memang harapan tinggal harapan, sebab dia bukan mcm baby lain. Tidur dari 7pm-7am! Tak dapatnye mcm tuh! Paling awal, tido pukul 9pm.. Paling lewat 11.30pm, ok! pastu 1 1/2 jam sekali merengek nak susu! Kadang2 setengah jam sekali bagi susu! Lapar lah tuh.. Eh, dah masuk topik makan si kecik lak. Takpe, nanti kita cari masa. Insya Allah.

Ok, makan si kecik..Amboi sekarang dah tak mau nestum dalam susu! Nyampah tau! Dah pandai rasa... kalau letak nestum dalam susu, dia minum tak continuous, kejap stop, kejap minum, main2.. nyampah tau. Kalau bagi nestum mcm tuh je, lagi hampeh! Baru bagi sesudu, habis ditolak balik.. Alololo, anak mama ni nak makan ape??? Nanti nak try bagi biskut farley lak dan perisa lain Heinz. Puree??? Lagi lah dia reject! Wish me luck, ok?

ONLINE SHOPPING

Ini adalah igauan ngeri untuk Jan... HAhahaha. Online Shopping memang FAVOURITE ok! Click2 je, dapat barang! hahaha. Memang kena berpada2.. Bukan apa, kadang2 susah nak dapat barang atau tiada masa nak beli, maka kita click, pilih, dan bayar! hehehe. Kalau kat FB lagi banyak online shoppe, yang jadi kegilaan haruslah online shoppe for babies kan? Hehehe. Banyak gak dah duit habis... Ini antara kedai online yang Jan banyak belanja..

www.poplook.com
Yang ni dress banyak gile! cun, cantik! Tops pun banyak cantik. Jan kat sini kena cari yang size XL (UK size 12-14)..So far beli, memang cantik dan terletak! Dah ada 2 dress dan 3 tops yang Jan beli...hihihi..Love them! 

 http://www.eightdesignsboutique.com
Yang ni pun cantik bangat.. Dah borong tiga helai skirt dia! Gorgeous sangat, tetiba rasa mcm hijabista lak...hahaha. Ni nak menyokong bumiputra, tapi baju kat sini cepat sangat sold out... Jan nak tggu diaorang upgrade website untuk e-commerce website mcm poplook. Sekarang, kena bayar thru maybank2u, masukkan no akaun dan lain2.. Agak lambat lah..

 http://www.mamayayazone.com
Haaaa, yang ni mak2 budak suka! baju baby-toddler. Baju melayu dia sangat cantik, sebab anak buah dah pakai hari tuh.. Borong kat kedai lagi senang kot, sebab banyak item unavailable. Takpe, beli kat agen dia, iaitu adik Jan.. kikiki. ada diskaun sket dari harga kedai..hahahaha. 

 http://www.onebabyworld.com/
Ni barang2 ibu dan anak.. Jan beli banyak gak! 

Yang lain2, banyak kat FB (yang pernah beli dan so far sgt marvelous barang & service) :
Untuk Tshirt Muslimah - Jan prefer Tshirt Muslimah Modern & Trendy dan Pretty Humairah. 
Untuk spanx - kerry's blogshop
Untuk barang baby - supermak shop, anggerik shoppe, harraz baby shoppe, sweet qaseeh collection, marshalya stall, cute baby momma boutique
Untuk baju Jan - ardini humaira, harraz (Jan beli jubah princess cut).

Itu je yang teringat.. 

Ok till then, dah panjang lebar dah cite... Lapar, nak makan! 

Wassalam





Close To Heart



Tuesday, June 4, 2013

7mths Already






Kejap kan masa berlalu, dah macam2 'akal' dan perangai yang Muhammad Syahmi dapat yang menguji kesabaran dan yang mencuit perasaan mama dan abahnya. Moga sentiasa sihat dan menjadi anak yang cerdik dan soleh. Amin

Muhammad Syahmi's Weekend

Assalamualaikum semua

Last weekend, kitaorang tried to get Syahmi out from the house, nak bawak gi jalan2 kat shopping complex. That is his first time outing. Before this, keluar juga tapi balik kampung, gi hospital, gi klinik..belum didedahkan pada shopping complex. Sebelum tu, ada gak bawak di keluar gi jenguk Manjaku Mall yang baru dibuka kat Melaka ni. Tapi jenguk kejap, pastu balik rumah. So kali ni nak try lama sket kuar. :D

Pagi Sabtu, eh belum keluar lagi. Tunggu dia bangun, pastu tidur balik, pastu bangun mandi, tidur balik..Penat nak tunggu bawak berjalan si Syahmi ni.. Kena bagi dia tidur dulu. baru dia kurang meragam. So, keluar ke Ayer Keroh dalam pukul 12pm gitu. Makan pun take-away Mcd dan makan dalam kete. Hehehe. Ok, meh kita keluar shopping sebab nak beli stok pampers dia. Kitaorang gi Melaka Mall, ada Family Store kat situ..dan harga pampers memang murah. Grab 3 packet sekali. Syahmi kita letak dalam stroller. Hehehe. Alhamdulillah baik je, atau maybe dia terkejut tgk orang ramainya dan bisingnya. Bawak pusing dalam Parkson yang senyap itu, dia gembira je..:P. Pastu balik rumah...
 
Jadi model walker @Manjaku




Hari Ahad pula, en.suami kata meh kita try gi Mydin MITC.. I is pening already, semua tempat bising2 abahnya nak bawak.. Hahaha, takpe lah kita follow je. Makan kat Foodcourt Mydin, Syahmi dok dalam stroller, mamai2x nak tido tapi bising kan kat foodcourt. Tido jap je. Masuk Mydin, abahnya dukung..amboi gembira nyeee. Menyengih2 bila orang dukung, bising lak tu. Mama Syahmi tak larat nak dukung, lenguh! hahaha.
Dah beli barang2 sket, meh balik rumah dulu..kita solat Zuhur. Lepas Asar, abahnya nak try gi Tesco lak.. ok, kita ikut je. :D. Dok cari troli yang ada tpt baby tuh, dah habis..Bila nak balik baru jumpa, test masuk Syahmi dalam tuh.. Ngantuk sgt dia, sampai tertido.. mama dan abah buatpe? Melegakan tekak kat SR. kikiki.
Kat Mydin

Kat Tesco

Dan malam tu, naya kat kami tak tido sebab Syahmi asyik resah nak tido.. Well, dia kan lemah semangat sket..Agaknye terkejut kot. Oklah, pengajaran, jgn kuar jalan2 banyak sangat ke? Hmm..

Oh, dah try bagi puree Heinz, ceh Syahmi taknak! alahhhh, nak suruh mama masak lah tuh (baru igt nak senang, hahaha. Dasar pemalas kan? ) Ish, tak baik tau mama ni! 

Oklah nanti kita try bubur lak ek Syahmi..xoxo