Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 23, 2013

Luahan Mama Syahmi



Assalamualaikum semua

Aiiii... stress Jan mcam ni menjaga baby Syahmi. Dia ni ada masa OK, ada masa berangin, ada masa ribut. Mak kata, Jan ni diberikan dugaan hebat daripada Allah sebabnya, nak pregnant pun kena tggu 2 tahun, dah ada anak pula diberikan dugaan anak yang ada masalah! Hahahaha. Bahagian masing2 kan? Ada orang, dapat anak alahai senang nye jaga!

Bila time tak OK tuh, mak aiii... bila tengah malam tak tido sampai 4-5am! Melalak kejap, senyap kejap dan seterusnya. Bila time dia sihat dan OK, tido 2 jam sekali, pastu bangun nak susu, pastu tido balik. Ni dah 2 hari dia tak sihat, di mana pagi tak tido dari pukul 12am-3@4am..Tido balik pukul 4@5am-6@7am (exactly one hour je dia tido)!!! Mak kata, pagi lepas Subuh tak tido lena, tido kejap2..bila dah pukul 10.30am baru tido lena sampai pukul 2pm!

Oleh kerana Jan bukanlah BF fully (sedih di situ, production tak banyak). Syahmi membesar dengan FM dari awal lagi ye sebab susu tak banyak wpun dah berurut. Pelbagai kaedah dicuba dan baby pun mcm tak pandai isap susu.Jan tak penah mengalami bengkak susu mcm kawan2..sedihlah tak dapat bagi Full BF, wlupun memang berhajat dari awal..Takkan nak dia menangis berlapar kan? So terpaksa bagi FM, dan kalau Jan pam dapatlah 2-3oz je sehari Jan bagi jugak. Tak cukup utk Syahmi, sebab dia mengamuk kelaparan. Bila dah 3 minggu berpantang, susu immediately habis! Pam pun tak keluar, keluar darah ada! Ngeri, terus tak pam. Bila FM ni mcm2 jadi kat Syahmi, cirit birit masuk hospital 2 kali. Susu ditukar 4 kali!! Ni semua susu yang disuggest oleh Hospital. Dari Frisolac-Nan-HA1-Isomil-latest, Mamil Gold Pepti. So far dia tolerant dengan susu tersbut (pokai mama tau! susu mahal..susu murah tak tolerant lak..sedih2x). I wish I can BF him, but I can't!

So terpaksa lah bangun membancuh susu dalam keadaan mamai...hehehe. Kadang-kadang ngantuk sgt, sampai botol susu terkeluar dari mulut Syahmi. kikiki. Pastu terjaga sebab dia melalak. Hahaha. Jan masih travel hari2 dari kampung-tpt keje (mengambil masa 1jam 20minit) sebab mak jaga dia. Malam2 mak tak larat nak bangun, so Jan kena take over malam.. Hebat kan? hahahaha. Dengan tido tak cukup, dengan pukul 6suku dah gi keje, bayangkan lah kalau Syahmi buat perangai tak tido! Mama dia pun tak cukup tido! Semalam masa drive boleh pulak TERLELAP 2 saat! Allahu Akbar!!!! DUA kali pula tu terlelap!Jawabnye tido kat dalam pejabat lah...hahahaha
So bila orang2 sepejabat kata, insya Allah anak kedua tiada masalah...hehehe, anak kedua???? Aiya, yang sorang ni pun masalah menjaga!!! hahaha. Tapi rezeki Allah nak bagi, Jan terima...TAPI selagi boleh, elok lah kalau Syahmi dah 1 tahun lebih baru nak baby...huhuhu..

Oh, lupa nak bagitahu. Jan on SHAKLEE sekarang..nak kurus! Berat banyak lagi nak kena turun ni, husband pun dah sound dengan sopannye..Jeans ketat!!! Baju ketat!!! Kain ketat!!!! Arghhhh stress!!!! Dan juga VCOA. Apa2 progress, Jan bagitahu.. Tapi tuhlah makan tak berdisiplin sangat gara2 terkejar2 ngan Syahmi tuh..Apapun, kita carry on je dulu...

Till then. Bubai

No comments:

Post a Comment