Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 23, 2013

Luahan Mama Syahmi



Assalamualaikum semua

Aiiii... stress Jan mcam ni menjaga baby Syahmi. Dia ni ada masa OK, ada masa berangin, ada masa ribut. Mak kata, Jan ni diberikan dugaan hebat daripada Allah sebabnya, nak pregnant pun kena tggu 2 tahun, dah ada anak pula diberikan dugaan anak yang ada masalah! Hahahaha. Bahagian masing2 kan? Ada orang, dapat anak alahai senang nye jaga!

Bila time tak OK tuh, mak aiii... bila tengah malam tak tido sampai 4-5am! Melalak kejap, senyap kejap dan seterusnya. Bila time dia sihat dan OK, tido 2 jam sekali, pastu bangun nak susu, pastu tido balik. Ni dah 2 hari dia tak sihat, di mana pagi tak tido dari pukul 12am-3@4am..Tido balik pukul 4@5am-6@7am (exactly one hour je dia tido)!!! Mak kata, pagi lepas Subuh tak tido lena, tido kejap2..bila dah pukul 10.30am baru tido lena sampai pukul 2pm!

Oleh kerana Jan bukanlah BF fully (sedih di situ, production tak banyak). Syahmi membesar dengan FM dari awal lagi ye sebab susu tak banyak wpun dah berurut. Pelbagai kaedah dicuba dan baby pun mcm tak pandai isap susu.Jan tak penah mengalami bengkak susu mcm kawan2..sedihlah tak dapat bagi Full BF, wlupun memang berhajat dari awal..Takkan nak dia menangis berlapar kan? So terpaksa bagi FM, dan kalau Jan pam dapatlah 2-3oz je sehari Jan bagi jugak. Tak cukup utk Syahmi, sebab dia mengamuk kelaparan. Bila dah 3 minggu berpantang, susu immediately habis! Pam pun tak keluar, keluar darah ada! Ngeri, terus tak pam. Bila FM ni mcm2 jadi kat Syahmi, cirit birit masuk hospital 2 kali. Susu ditukar 4 kali!! Ni semua susu yang disuggest oleh Hospital. Dari Frisolac-Nan-HA1-Isomil-latest, Mamil Gold Pepti. So far dia tolerant dengan susu tersbut (pokai mama tau! susu mahal..susu murah tak tolerant lak..sedih2x). I wish I can BF him, but I can't!

So terpaksa lah bangun membancuh susu dalam keadaan mamai...hehehe. Kadang-kadang ngantuk sgt, sampai botol susu terkeluar dari mulut Syahmi. kikiki. Pastu terjaga sebab dia melalak. Hahaha. Jan masih travel hari2 dari kampung-tpt keje (mengambil masa 1jam 20minit) sebab mak jaga dia. Malam2 mak tak larat nak bangun, so Jan kena take over malam.. Hebat kan? hahahaha. Dengan tido tak cukup, dengan pukul 6suku dah gi keje, bayangkan lah kalau Syahmi buat perangai tak tido! Mama dia pun tak cukup tido! Semalam masa drive boleh pulak TERLELAP 2 saat! Allahu Akbar!!!! DUA kali pula tu terlelap!Jawabnye tido kat dalam pejabat lah...hahahaha
So bila orang2 sepejabat kata, insya Allah anak kedua tiada masalah...hehehe, anak kedua???? Aiya, yang sorang ni pun masalah menjaga!!! hahaha. Tapi rezeki Allah nak bagi, Jan terima...TAPI selagi boleh, elok lah kalau Syahmi dah 1 tahun lebih baru nak baby...huhuhu..

Oh, lupa nak bagitahu. Jan on SHAKLEE sekarang..nak kurus! Berat banyak lagi nak kena turun ni, husband pun dah sound dengan sopannye..Jeans ketat!!! Baju ketat!!! Kain ketat!!!! Arghhhh stress!!!! Dan juga VCOA. Apa2 progress, Jan bagitahu.. Tapi tuhlah makan tak berdisiplin sangat gara2 terkejar2 ngan Syahmi tuh..Apapun, kita carry on je dulu...

Till then. Bubai

Friday, January 11, 2013

Back to Work

Assalamualaikum semua

Sekejap je dah start bekerja setelah 2 bulan cuti.. Hari ini terpaksa cuti walaupun baru masuk keje minggu lepas 3jan2013. Terpaksa sebab mak takde, so baby Syahmi takde orang jaga.. Eh, nape mak jaga?? (sure tertanya kan? hehe. mcm ada orang nak baca blog hingusan ni...huhu)

Well, untuk tempoh sebulan ni mak tolong jaga dulu, sebab nak bagi Syahmi tegap sket setelah warded 3 weeks hari tuu. Laaaa, lupa nak cite..

Ok, recall gaya cepat kronologi Syahmi.. Hari ke-21 warded kat HPSF, Muar selama 4 hari. Gi hospital kul 3am sebab dia tak tidur dan nangis tak berhenti2... Last2, kena warded sebab perut dia kembung sgt dan cirit birit (hehehe, boleh tak tahu baby tu cirit..huhu). So stay kat NICU bersama baby selama 4 hari.. Pastu boleh balik.. After one week ++, Syahmi got fever. Hari first gi klinik biasa 37.0, dapat ubat demam.. tak susut gak walaupun dah jaram2. Hari kedua gi klinik pakar kanak2, suhu 38.6 dan berat susut dari 4.0++kg ke 3.6kg..dapat surat suh gi hospital terus... Muka dia dah cengkung dan memang nampak sgt x sihat, bila minum, muntah, minum, muntah... 

Tapi, PIL kata nak ubat kampung, takpe lah ikutkan lah.. Lepas balik dari klinik pakar terus ke rumah PIL..nak berubat kampung. Sangat sedih melihat keadaan Syahmi yang Jan rasa mcm I will lost him forever!!! Dok kat rumah PIL makin teruk keadaan dia, lagi cengkung mata dia, nafas pun dah tercungap2... Jan memang asyik nangis je (tahan nangis depan PIL). Masuk bilik nangis! Takut sgt will lost him! at 4am, text my brother ckap pasal keadaan Syahmi. Dia terus suruh gi hospital bila tahu nafas Syahmi tercungap2... Apa lagi, Jan nekad suh  gi Muar dari Melaka.. why Muar??? sebab senang rekod dah ada plus my brother kenal orang2 kat sana..

Alhamdulillah sampai di Muar dalam 45minit, masuk ER... Syahmi weight is 2.9kg!!!!!! Drip air dan oksigen....almost 1 hour ++ dia dok dalam ER. Pukul 7am, keluar ER masuk ward paed.. Kena lah marah ngan Doktor Pakar sebab dah dapat surat rujuk dari private kenapa tak masuk jugak! Keadaan baby kritikal...UWaaaaaa Jan dan suami memang sebak dan pilu sgt... Menyesal tak masukkan dia terus! takut kami kehilangan dia! Doktor pakar decide suh Syahmi masuk NICU dulu, biar stabil.. Amik air tulang belakang sebab presumed meningitis dan diarrhea.

Kami pun ikut je lah apa yg doktor suruh. Almost 5 days dia dalam ICU without me. Bila dah stabil, berat pun dah 3.5kg, masuk wad biasa dan jan pun ikut. Tinggal di hospital selama 2 minggu lagi, sebab dia on 14days antibiotik. Kat ward, line (jarum) selalu kena ganti, leaking lah, bengkak lah...So kaki dan tangan dia penuh ngan kesan cucuk!!! Amat sedih tgk keadaan dia. Antibiotik pula masuk 6 jam sekali selama 2 jam!!!! Lepas 5 hari, tetiba dia demam, berat dia drop lagi tinggal 3.3kg!!! Masya Allah, menguji ketabahan Jan melihat dia sakit...sakit demam lagi, sakit masuk ubat lagi, sakit kena cucuk lagi...But, Muhammad Syahmi is very strong baby, he recovered.. Alhamulillah

Lastly, selepas 14hari we are allowed to go home!!! Bila Syahmi dah tak demam, antibiotik dah stop, diarrhea dah takde! Alhamdulillah!!!!! So lepas keluar hospital (Rabu), buatlah kenduri aqiqah dia & sepupu dia hari Ahad.. Dan dibotakkan pada 25hb Dec...Alhamdulillah, dipermudahkan urusan mencukur. 

Pics? Yes, I will upload pictures. Taadddaaaa
First day born, 2 nov 2011, 3.2kg


day 21, NICU, jarum tertanggal
after stabilize at NICU, 3.5kg
Wad paed with jarum 

after 3days botak!

latest 5 Jan 2013 - mode kembung pipi
mode : normal