Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, October 3, 2013

Lambakan Cerita

Assalamualaikum

1. Kenaikan Gaji.

Ushhhhhhhhhhh.. habuk...huk2x.... 

Lama tak bersiaran gara-gara kebizian yang sengaja terlampau. Dan kemalasan diri yang melanda, digabungkan dengan kelembapan Internet yang mcm siput..Huh!

Alhamdulillah, setelah ditunda selama beberapa bulan, maka dapatlah imbuhan pertambahan kenaikan gaji berdasarkan KPI.. Taklah banyak mana pun naik, takat isi minyak full tank seminggu je, habis...Tapi alhamdulillah lah juga..:D

2. Demam melanda

Hmmm, deman melanda keluarga ku yang kecil ini, bermula dari sang suami yang dapat dulu, pastu berjangkit kat diri ini dan yang kesian of coz menjangkit kat si kecik.. alahai, lembik dia 2 hari.. takde langsung suara... Badan pun dah slim je.. pampers pakai pun longgar. Sian anak mama dia... Ni still lagi batuk dan selsema skit.. Cepat2 baik ye sayang, nak BF pun tak dapat..So kenalah makan ubat, wlupun banyak yang kata ubat tak elok bagi kat budak bawah setahun.. Tapi takkan nak tgk dia sakit je kan... Lagi lah risau.

Hope anak mama strong dan cepat2 gain weight dan membesar bagai johan dan sihat!

Sorry, entry tanpa pic...:P

Till then, ini je yang teringat nak tulis, hehehehe. Kepala dah ting tong...

Thursday, July 25, 2013

Alhamdulillah

Assalamualaikum Semua

Firstly, syukur dan alhamdulillah kerana syarikat memberikan imbuhan untuk tahun 2013. Bersyukur sangat atas pemberian cik B.. Bila tgk slip semalam, marvelous.. Alhamdulillah, ada bahagian untuk Jan dan keluarga. Walaupun hanya 4angka tidak mencecah 5k pun, apatah lagi 5 angka..(itu semua big2 bos je dapat 5angka ye, berbelas2 ribu depa dapat). Syukur sangat..Bershopping raya tuh idaklah, ala kadar je kot. Baju sendiri dan baju Syahmi dah ada, cuma belum bayar je..hehehe. Mari kita bayar hutang!


Dengan cik B ini lah Jan membayar segala hutang2 yang ada dan membeli sedikit vitamin Shaklee untuk kesihatan. Biasalah bila dah sesak, adik-beradik yang kaya raya kita cari, minta bantuan, hehehe. So, ada cik B ni lah Jan top up balik semua hutang2 dan janji2 yang selalu buat..order dulu, bayar kemudian...hiks. Well, dah berhutang pandai2 lah nak bayar ye kawan-kawan.. Jangan buat2 lupa atau elak2, sebab kita pun kena fikir entah2 orang yang kita pinjam dulu tuh kesempitan wang atau nak guna duit...So, pepandailah kita yeee.

Dan bila dapat cik B barulah terasa berkat kesabaran & kesetiaan Jan dok di sini, terasa lah berbaloi jugak. Ok, bekerja dengan lebih hebat ye kawan2.. Jangan selalu elak2 kerja dan dok buat hal sendiri tak pikir hal orang lain..hihihi  

Hari ini dah 16 Ramadhan.. Alhamdulillah, dah separuh jalan untuk ke bulan Syawal. rasa mcm tak cukup lagi buat ibadat, macam tak grab peluang2 yang ada di bulan mulia ini..Hmmm, kena start ni Jan! Kayuh untuk grab pahala ramadhan. Adus, memikirkan badan penat, mata ngantuk, jaga si kecik tuh pula, entah bila Jan nak curi masa untuk membuat ibadat ye..Insya Allah, kena kuatkan azam ni!!! Caiyok!

Menu berbuka dan bersahur, ala kadar je. Kadang2 masak kadang2 beli...Apapun, memang bangun sahur..Dah makin banyak hari berpuasa ni, lagi rasa makin malas nak masak...Hahahah. Jan masak bubur Syahmi je, tiap2 hari dalam pukul 7.00 lebih tuh, dah start panaskan bubur dan blend dengan puree untuk bawak bekalkan pada pengasuh.

Eh, panjang lak.. Nah Jan bagi picture orang tak puasa! kikiki


Ok, till we meet again..Assalamualaikum

Thursday, June 27, 2013

Makan & Online Shopping

Assalamualaikum semua

Ada ke yang nak menjawab ni? Takpe, kita teruskan juga menulis dengan beranggapan ramai yang baca... Hehehe. Orang syok sendiri memang macam ni, hahaha.

MAKAN - Mommy and Son

Iya, mak dan MIL serta en.suami dah berbunyi apabila diri ini sudah berisi aka GEMUK lah..hahaha. Tgk tuh, kalau mak sendiri cakap, no sentap2 dan malu, wokey! Tapi kalau MIL dah tegur, rasa mcm berapi je dan malu sgt, bila balik kampung MIL je, sure ada diselitkan pasal KURUS! Hari tu :

MIL, "ibu, kalau jaga anak, mesti kurus, banyak keje rumah nak urus, jaga baby lagi" 

Ok, Jan sentap dan terasa. Tapi, as a good DIL, I keep calm and smile je! Kalau mak sendiri, haruslah, Jan balas dengan denial mode punya status...hahahaha. Wlupun dulu sebelum kawin dan sebelum ada anak, idoklah slim mana...pakai size size L, XL dan XXL gak (tgk baju). Betul!!! Cuma bila dah bersalin, dan tak betul2 pantang serta baby pun keluar-masuk hospital, Jan mengabaikan konsep pantang! Maka, sekarang terimalah badan yang mengembang dan urat2 pun kembang, lalu badan sakit2....Nak gi URUT!!!!!
En.suami pun dah sound :

Suami : "sayang nak tak slim balik , sayang?"

Eh, Jan pun jawab "Mestilah, nak.. Sure boleh"..
 
Ya, jawapan kenalah penuh semangat dan positif ye adik2...Hahaha. Maka, baru2 ni Jan mula berdiet, control makan.. Menjaga si kecik yang meragam buat Jan stress kot, bila stress dan tak cukup tido Jan lapar, Jan makan! hahaha. Senaman belum lagi, tengah adjust waktu yang sesuai, tengok waktu si kecik tido tuh memang harapan tinggal harapan, sebab dia bukan mcm baby lain. Tidur dari 7pm-7am! Tak dapatnye mcm tuh! Paling awal, tido pukul 9pm.. Paling lewat 11.30pm, ok! pastu 1 1/2 jam sekali merengek nak susu! Kadang2 setengah jam sekali bagi susu! Lapar lah tuh.. Eh, dah masuk topik makan si kecik lak. Takpe, nanti kita cari masa. Insya Allah.

Ok, makan si kecik..Amboi sekarang dah tak mau nestum dalam susu! Nyampah tau! Dah pandai rasa... kalau letak nestum dalam susu, dia minum tak continuous, kejap stop, kejap minum, main2.. nyampah tau. Kalau bagi nestum mcm tuh je, lagi hampeh! Baru bagi sesudu, habis ditolak balik.. Alololo, anak mama ni nak makan ape??? Nanti nak try bagi biskut farley lak dan perisa lain Heinz. Puree??? Lagi lah dia reject! Wish me luck, ok?

ONLINE SHOPPING

Ini adalah igauan ngeri untuk Jan... HAhahaha. Online Shopping memang FAVOURITE ok! Click2 je, dapat barang! hahaha. Memang kena berpada2.. Bukan apa, kadang2 susah nak dapat barang atau tiada masa nak beli, maka kita click, pilih, dan bayar! hehehe. Kalau kat FB lagi banyak online shoppe, yang jadi kegilaan haruslah online shoppe for babies kan? Hehehe. Banyak gak dah duit habis... Ini antara kedai online yang Jan banyak belanja..

www.poplook.com
Yang ni dress banyak gile! cun, cantik! Tops pun banyak cantik. Jan kat sini kena cari yang size XL (UK size 12-14)..So far beli, memang cantik dan terletak! Dah ada 2 dress dan 3 tops yang Jan beli...hihihi..Love them! 

 http://www.eightdesignsboutique.com
Yang ni pun cantik bangat.. Dah borong tiga helai skirt dia! Gorgeous sangat, tetiba rasa mcm hijabista lak...hahaha. Ni nak menyokong bumiputra, tapi baju kat sini cepat sangat sold out... Jan nak tggu diaorang upgrade website untuk e-commerce website mcm poplook. Sekarang, kena bayar thru maybank2u, masukkan no akaun dan lain2.. Agak lambat lah..

 http://www.mamayayazone.com
Haaaa, yang ni mak2 budak suka! baju baby-toddler. Baju melayu dia sangat cantik, sebab anak buah dah pakai hari tuh.. Borong kat kedai lagi senang kot, sebab banyak item unavailable. Takpe, beli kat agen dia, iaitu adik Jan.. kikiki. ada diskaun sket dari harga kedai..hahahaha. 

 http://www.onebabyworld.com/
Ni barang2 ibu dan anak.. Jan beli banyak gak! 

Yang lain2, banyak kat FB (yang pernah beli dan so far sgt marvelous barang & service) :
Untuk Tshirt Muslimah - Jan prefer Tshirt Muslimah Modern & Trendy dan Pretty Humairah. 
Untuk spanx - kerry's blogshop
Untuk barang baby - supermak shop, anggerik shoppe, harraz baby shoppe, sweet qaseeh collection, marshalya stall, cute baby momma boutique
Untuk baju Jan - ardini humaira, harraz (Jan beli jubah princess cut).

Itu je yang teringat.. 

Ok till then, dah panjang lebar dah cite... Lapar, nak makan! 

Wassalam





Close To Heart



Tuesday, June 4, 2013

7mths Already






Kejap kan masa berlalu, dah macam2 'akal' dan perangai yang Muhammad Syahmi dapat yang menguji kesabaran dan yang mencuit perasaan mama dan abahnya. Moga sentiasa sihat dan menjadi anak yang cerdik dan soleh. Amin

Muhammad Syahmi's Weekend

Assalamualaikum semua

Last weekend, kitaorang tried to get Syahmi out from the house, nak bawak gi jalan2 kat shopping complex. That is his first time outing. Before this, keluar juga tapi balik kampung, gi hospital, gi klinik..belum didedahkan pada shopping complex. Sebelum tu, ada gak bawak di keluar gi jenguk Manjaku Mall yang baru dibuka kat Melaka ni. Tapi jenguk kejap, pastu balik rumah. So kali ni nak try lama sket kuar. :D

Pagi Sabtu, eh belum keluar lagi. Tunggu dia bangun, pastu tidur balik, pastu bangun mandi, tidur balik..Penat nak tunggu bawak berjalan si Syahmi ni.. Kena bagi dia tidur dulu. baru dia kurang meragam. So, keluar ke Ayer Keroh dalam pukul 12pm gitu. Makan pun take-away Mcd dan makan dalam kete. Hehehe. Ok, meh kita keluar shopping sebab nak beli stok pampers dia. Kitaorang gi Melaka Mall, ada Family Store kat situ..dan harga pampers memang murah. Grab 3 packet sekali. Syahmi kita letak dalam stroller. Hehehe. Alhamdulillah baik je, atau maybe dia terkejut tgk orang ramainya dan bisingnya. Bawak pusing dalam Parkson yang senyap itu, dia gembira je..:P. Pastu balik rumah...
 
Jadi model walker @Manjaku




Hari Ahad pula, en.suami kata meh kita try gi Mydin MITC.. I is pening already, semua tempat bising2 abahnya nak bawak.. Hahaha, takpe lah kita follow je. Makan kat Foodcourt Mydin, Syahmi dok dalam stroller, mamai2x nak tido tapi bising kan kat foodcourt. Tido jap je. Masuk Mydin, abahnya dukung..amboi gembira nyeee. Menyengih2 bila orang dukung, bising lak tu. Mama Syahmi tak larat nak dukung, lenguh! hahaha.
Dah beli barang2 sket, meh balik rumah dulu..kita solat Zuhur. Lepas Asar, abahnya nak try gi Tesco lak.. ok, kita ikut je. :D. Dok cari troli yang ada tpt baby tuh, dah habis..Bila nak balik baru jumpa, test masuk Syahmi dalam tuh.. Ngantuk sgt dia, sampai tertido.. mama dan abah buatpe? Melegakan tekak kat SR. kikiki.
Kat Mydin

Kat Tesco

Dan malam tu, naya kat kami tak tido sebab Syahmi asyik resah nak tido.. Well, dia kan lemah semangat sket..Agaknye terkejut kot. Oklah, pengajaran, jgn kuar jalan2 banyak sangat ke? Hmm..

Oh, dah try bagi puree Heinz, ceh Syahmi taknak! alahhhh, nak suruh mama masak lah tuh (baru igt nak senang, hahaha. Dasar pemalas kan? ) Ish, tak baik tau mama ni! 

Oklah nanti kita try bubur lak ek Syahmi..xoxo

Wednesday, May 15, 2013

Cerita terkini

Assalamualaikum semua. Hello

Tu dia.. lama giler tak menulis dalam blog. Mcam kena tinggal je kan? Hahaha. Mungkin faktor bz, mungkin faktor masa, atau kemungkinan besar malas. atau tetiba lupa ada blog lah! hihihi.

Ok2x. Meh kita update secara pukal.

Sejak 2 Mei yang lepas, akhirnya Jan kembali ke Rembia menetap kembali bersama sang suami yang telah di PJJ kan selama 6 bulan.. hahaha. Kembali bersama2 Penyet, Itam, Oyen, Rio dan Epal. Fyi, hari pertama di rembia, Gumuk telah terlepas dari cage, dan telah meninggalkan Jan untuk selamanya.. R.I.P Gumuk! I love you!!! A good cat indeed walaupun diva. :(( sob2x

Dan Muhammad Syahmi secara rasminya telah dihantar ke pengasuh yang asyik tertunda2 untuk hantar, janji lepas pantang..sampailah budak tu dah 6 bulan baru hantar..Hahaha, of coz mencabar, sbab Syahmi dah kenal orang. Pastu bukanlah baby yang friendly, tak kenal dia tak nak dan akan mencebik lalu menangis lah...kiki. Tapi, alhamdulillah dimudahkan oleh Allah. Muhammad Syahmi is a good boy! Alhamdulillah, Jan boleh bekerja dengan aman dan sentosa.. :D.

Oleh sebab Syahmi ada kes dulu, nak bagi makan Jan kena berhati-hati dan lambat sket bagi dia makan. Dan semenjak usia dah 6 bulan ++, baru start bagi Nestum dalam susu dia. Suap belum lagi. Tengok mcm ok je penghadaman dia. Tidur pun lama sket bila malam. Hari ni, bagi kat pengasuh suruh dia try bagi lepas mandi, kita buat experiment sket. Hope Syahmi boleh tolerant dengan Nestum. Insya Allah. Bubur belum bagi lagi, baik puree atau lain2. Nak try one by one. Tapi dah beli puree Heinz yang botol kecik (mama kan bz! hahaha.) Dan dah beli buku resepi Nutrisi untuk baby dan blender baby bullet.. hahahah. Tu dia, gigih nak bagi Syahmi makan tau! Kikiki. Mama boleh!!! Doakan ye. 

Insya Allah, Sabtu ni.. Mak, kakak dan adik lelaki akan sampai di Malaysia setelah 2 minggu menunaikan umrah. Hasrat nak join, tapi ada si kecik ni..susah lak.

Bulan Rejab dah ni, tak lama lagi Bulan Ramadhan.. Tak sabarnye nak berpuasa. :D

Lastly, ni pic Muhammad Syahmi latest. Selalu upload kat IG je..(abaikan bantal tak tersarung itu ek. Ni pic masa 5 bulan dan 6 bulan)
Ni pic masa 5 bulan, baru nak demam, pastu seminggu demam, flu & batuk..turun berat dia

Ni early May, nak balik jenguk atok mak nak gi umrah..Syahmi dah 6mths 5days
 Ok.. itu sahaja buat masa ini.. Tata

Wednesday, January 23, 2013

Luahan Mama Syahmi



Assalamualaikum semua

Aiiii... stress Jan mcam ni menjaga baby Syahmi. Dia ni ada masa OK, ada masa berangin, ada masa ribut. Mak kata, Jan ni diberikan dugaan hebat daripada Allah sebabnya, nak pregnant pun kena tggu 2 tahun, dah ada anak pula diberikan dugaan anak yang ada masalah! Hahahaha. Bahagian masing2 kan? Ada orang, dapat anak alahai senang nye jaga!

Bila time tak OK tuh, mak aiii... bila tengah malam tak tido sampai 4-5am! Melalak kejap, senyap kejap dan seterusnya. Bila time dia sihat dan OK, tido 2 jam sekali, pastu bangun nak susu, pastu tido balik. Ni dah 2 hari dia tak sihat, di mana pagi tak tido dari pukul 12am-3@4am..Tido balik pukul 4@5am-6@7am (exactly one hour je dia tido)!!! Mak kata, pagi lepas Subuh tak tido lena, tido kejap2..bila dah pukul 10.30am baru tido lena sampai pukul 2pm!

Oleh kerana Jan bukanlah BF fully (sedih di situ, production tak banyak). Syahmi membesar dengan FM dari awal lagi ye sebab susu tak banyak wpun dah berurut. Pelbagai kaedah dicuba dan baby pun mcm tak pandai isap susu.Jan tak penah mengalami bengkak susu mcm kawan2..sedihlah tak dapat bagi Full BF, wlupun memang berhajat dari awal..Takkan nak dia menangis berlapar kan? So terpaksa bagi FM, dan kalau Jan pam dapatlah 2-3oz je sehari Jan bagi jugak. Tak cukup utk Syahmi, sebab dia mengamuk kelaparan. Bila dah 3 minggu berpantang, susu immediately habis! Pam pun tak keluar, keluar darah ada! Ngeri, terus tak pam. Bila FM ni mcm2 jadi kat Syahmi, cirit birit masuk hospital 2 kali. Susu ditukar 4 kali!! Ni semua susu yang disuggest oleh Hospital. Dari Frisolac-Nan-HA1-Isomil-latest, Mamil Gold Pepti. So far dia tolerant dengan susu tersbut (pokai mama tau! susu mahal..susu murah tak tolerant lak..sedih2x). I wish I can BF him, but I can't!

So terpaksa lah bangun membancuh susu dalam keadaan mamai...hehehe. Kadang-kadang ngantuk sgt, sampai botol susu terkeluar dari mulut Syahmi. kikiki. Pastu terjaga sebab dia melalak. Hahaha. Jan masih travel hari2 dari kampung-tpt keje (mengambil masa 1jam 20minit) sebab mak jaga dia. Malam2 mak tak larat nak bangun, so Jan kena take over malam.. Hebat kan? hahahaha. Dengan tido tak cukup, dengan pukul 6suku dah gi keje, bayangkan lah kalau Syahmi buat perangai tak tido! Mama dia pun tak cukup tido! Semalam masa drive boleh pulak TERLELAP 2 saat! Allahu Akbar!!!! DUA kali pula tu terlelap!Jawabnye tido kat dalam pejabat lah...hahahaha
So bila orang2 sepejabat kata, insya Allah anak kedua tiada masalah...hehehe, anak kedua???? Aiya, yang sorang ni pun masalah menjaga!!! hahaha. Tapi rezeki Allah nak bagi, Jan terima...TAPI selagi boleh, elok lah kalau Syahmi dah 1 tahun lebih baru nak baby...huhuhu..

Oh, lupa nak bagitahu. Jan on SHAKLEE sekarang..nak kurus! Berat banyak lagi nak kena turun ni, husband pun dah sound dengan sopannye..Jeans ketat!!! Baju ketat!!! Kain ketat!!!! Arghhhh stress!!!! Dan juga VCOA. Apa2 progress, Jan bagitahu.. Tapi tuhlah makan tak berdisiplin sangat gara2 terkejar2 ngan Syahmi tuh..Apapun, kita carry on je dulu...

Till then. Bubai

Friday, January 11, 2013

Back to Work

Assalamualaikum semua

Sekejap je dah start bekerja setelah 2 bulan cuti.. Hari ini terpaksa cuti walaupun baru masuk keje minggu lepas 3jan2013. Terpaksa sebab mak takde, so baby Syahmi takde orang jaga.. Eh, nape mak jaga?? (sure tertanya kan? hehe. mcm ada orang nak baca blog hingusan ni...huhu)

Well, untuk tempoh sebulan ni mak tolong jaga dulu, sebab nak bagi Syahmi tegap sket setelah warded 3 weeks hari tuu. Laaaa, lupa nak cite..

Ok, recall gaya cepat kronologi Syahmi.. Hari ke-21 warded kat HPSF, Muar selama 4 hari. Gi hospital kul 3am sebab dia tak tidur dan nangis tak berhenti2... Last2, kena warded sebab perut dia kembung sgt dan cirit birit (hehehe, boleh tak tahu baby tu cirit..huhu). So stay kat NICU bersama baby selama 4 hari.. Pastu boleh balik.. After one week ++, Syahmi got fever. Hari first gi klinik biasa 37.0, dapat ubat demam.. tak susut gak walaupun dah jaram2. Hari kedua gi klinik pakar kanak2, suhu 38.6 dan berat susut dari 4.0++kg ke 3.6kg..dapat surat suh gi hospital terus... Muka dia dah cengkung dan memang nampak sgt x sihat, bila minum, muntah, minum, muntah... 

Tapi, PIL kata nak ubat kampung, takpe lah ikutkan lah.. Lepas balik dari klinik pakar terus ke rumah PIL..nak berubat kampung. Sangat sedih melihat keadaan Syahmi yang Jan rasa mcm I will lost him forever!!! Dok kat rumah PIL makin teruk keadaan dia, lagi cengkung mata dia, nafas pun dah tercungap2... Jan memang asyik nangis je (tahan nangis depan PIL). Masuk bilik nangis! Takut sgt will lost him! at 4am, text my brother ckap pasal keadaan Syahmi. Dia terus suruh gi hospital bila tahu nafas Syahmi tercungap2... Apa lagi, Jan nekad suh  gi Muar dari Melaka.. why Muar??? sebab senang rekod dah ada plus my brother kenal orang2 kat sana..

Alhamdulillah sampai di Muar dalam 45minit, masuk ER... Syahmi weight is 2.9kg!!!!!! Drip air dan oksigen....almost 1 hour ++ dia dok dalam ER. Pukul 7am, keluar ER masuk ward paed.. Kena lah marah ngan Doktor Pakar sebab dah dapat surat rujuk dari private kenapa tak masuk jugak! Keadaan baby kritikal...UWaaaaaa Jan dan suami memang sebak dan pilu sgt... Menyesal tak masukkan dia terus! takut kami kehilangan dia! Doktor pakar decide suh Syahmi masuk NICU dulu, biar stabil.. Amik air tulang belakang sebab presumed meningitis dan diarrhea.

Kami pun ikut je lah apa yg doktor suruh. Almost 5 days dia dalam ICU without me. Bila dah stabil, berat pun dah 3.5kg, masuk wad biasa dan jan pun ikut. Tinggal di hospital selama 2 minggu lagi, sebab dia on 14days antibiotik. Kat ward, line (jarum) selalu kena ganti, leaking lah, bengkak lah...So kaki dan tangan dia penuh ngan kesan cucuk!!! Amat sedih tgk keadaan dia. Antibiotik pula masuk 6 jam sekali selama 2 jam!!!! Lepas 5 hari, tetiba dia demam, berat dia drop lagi tinggal 3.3kg!!! Masya Allah, menguji ketabahan Jan melihat dia sakit...sakit demam lagi, sakit masuk ubat lagi, sakit kena cucuk lagi...But, Muhammad Syahmi is very strong baby, he recovered.. Alhamulillah

Lastly, selepas 14hari we are allowed to go home!!! Bila Syahmi dah tak demam, antibiotik dah stop, diarrhea dah takde! Alhamdulillah!!!!! So lepas keluar hospital (Rabu), buatlah kenduri aqiqah dia & sepupu dia hari Ahad.. Dan dibotakkan pada 25hb Dec...Alhamdulillah, dipermudahkan urusan mencukur. 

Pics? Yes, I will upload pictures. Taadddaaaa
First day born, 2 nov 2011, 3.2kg


day 21, NICU, jarum tertanggal
after stabilize at NICU, 3.5kg
Wad paed with jarum 

after 3days botak!

latest 5 Jan 2013 - mode kembung pipi
mode : normal