Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 30, 2012

28 days

Assalamualaikum semua

Maafkan lama tak membuat apa-apa entry dalam blog picisan ni.. hehehe.


Alhamdulillah, Jan dah 28 hari berpantang setelah melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.2kg secara normal pada 2 nov 2012, itupun dah terlebih 2 hari dari EDD. Alhamdulillah, walaupun kena induce sebanyak 3 kali, hehehe. baru lah rasa nak terberanak hari Jumaat (2 nov) tu..


Nape induce? Sebab takde sebarang tanda untuk beranak..


Nape kena warded on 31st Oct? Ditempatkan di HPSF, Muar dengan bilik berempat siap toilet dalam wad dan aircond..Sebab check kat KK Sg Mati pada hari EDD, air ketuban dah tinggal 7.3 je.. Nak guna unit ape utk air ketuban tuh, kurang kefahaman. Cuma faham kalau dah tinggal 5 tuh, kira dah bahaya dan terus c-zer takut baby lemas.


Cerita bersalin? Ermm, pendek je ceritanya. Masuk ubat ke-3 hari Jumaat pagi sebab dah 2 kali masuk takde feel dan bukaan 2cm je tak gerak..hihihi. Masuk ubat kedua, baru lah ada keluar tanda darah so takde solat dah.. Tapi rasa senggugut mcm biasa, bukaan 2cm je. 


Ubat ke-3 masuk pagi Jumaat, adalah yang terakhir percubaan kalau tidak berjaya juga kena masuk belon. (which abang kata, lagi sakit!).. Jan masih bergembira lagi time ni, TAPI bila nak bfast pagi tuh, terus CB dan muntah2..kira adalah mcm 3 kali muntah, 3 kali CB sampai kul 11.00thari. Lunch pun Jan tak lalu nak makan, sebab sakit senggugut tuh dah datang 2 minit sekali... But, manalah Jan tahu itu sakit nak bersalin, ingatkan sakit normal..hehehe. Jan tak lalu nak baring atas katil, dok jalan2 sambil tahan sakit sampai terdiri bulu roma tahan sakit. Siap gi toilet ulang alik dan teran lagi, tapi tak kuar najis lak..hahaha..memang sakit sangatttttt... 


Nurse tgk pun macam takut, terus suh check bukaan! I didn't suspect nak bersalin, siap kata kat doc tuh, "Doktor, saya rasa darah saya banyak kot, tuh yg sakit sgt!" hahaha. Sekali dia check, " Eh, dah 6cm lah...masuk Labour Room cepat".. I was "HAH????" terus diusung dengan stretcher ke LR.. masuk LR dengan 7cm already, start pukul 3.30pm, selamat bersalin 4.29pm!!! Bila baby dah kuar, siap leh tanya " Eh, dah kuar ek?" hahaha. Semua sakit hilang.. Jan tak sedar pun baby dah kuar. Tapi memang ONE great journey of bersalin!!


Jan kena bius gara2 ada serpihan uri melekat, so doc nak godek perut dan jahit. Sbb tuh, masa dia jahit Jan tak rasa sakit..hehe. Lucky me? Masuk wad balik dengan mamai2 ubat bius kul 8pm! Bayangkan Jan dalam LR dari 4.30-8pm!!!! Sempat makan kat LR, nurse datang pakaikan pad dan akhirnya disorong ke wad bersama baby..


I was like " Ehhhhh, dah jadi mak orang!!.. "Eh, mcmana nak handle baby ni"....So many EH..hahahaha


Till now, still learning dengan banyak perkara baru, tambahan pula Baby Syahmi banyak ragam! Memang menduga kesabaran dan ilang sabar! Lucky I have my mom and siblings yang ada kat rumah ni banyak membantu. En.suami weekly je balik. 


So, hope I can be a good mother to my baby Syahmi..Amin

1 comment:

  1. tahniah k.ijan dah selamat menjadi ibu. selamat berpantang. takpe if baby waktu kecil banyak ragam nanti bila besar mudah-mudahan jadi cerdik. teringat sewaktu saya berpantang, 40 hari makan sup ikan dan sayur sawi sahaja:)tapi nanti bila dah masuk kija confirm rindu baby dan risau sebab kena tinggalkan pada orang.

    ReplyDelete