Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 1, 2012

Makan

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah dah 12 Ramadhan hari ini, dah 12 hari berpuasa penuh, terawih je tak penuh..hehe (malu) sebab ikut kesihatan badan..Walaupun hari ini sepatutnya WW - Wordless Wednesday, tapi sebab hari ni je teragak nak cerita dan menulis, takut hari lain bz bee..So, dibenarkan lah untuk tidak WW ek? (suka hati I kan? hehe)

Bila bukak blog kawan2, selalu nampak depa post pasal makan. So hari ni Jan pun nak post pasal makan..hehehe. Wpun tak sehebat masterchef 

Ok, rutin kami berdua berbuka dan bersahur mengikut keadaan semasa yakni samada ikut pulus dan nafsu makan...Hahaha. Dan jugak tahap kesihatan Jan masa tuh. Kadang2 tak bermaya dan pening2, so tak kuasa berdiri lama2 kat dapur dan masak, silap-silap pengsan kang. Kadang2 tuh, ikut en.suami teringin nak makan ape. Kadang2, beli je atau masak. Iyalah, sampai rumah dalam 6.15-6.30 petang.. Dahlah, bukan jenis pandai masak dan bawang2 semua belum blend..hehe. Sib baik, en.suami faham. kikiki

So, hari isnin lepas..Masak lah perkara paling mudah dan apa yang teringin nak makan (actually, itu je yang ada dalam fridge, kikiki - sbb tak shopping lagi). Menu berbuka kami adalah Nasi, dan peria goreng telur dan telur dadar.Pastu en.suami ada belikan ayam percik untuk kami berdua. So itu lah menu berbuka hari Isnin. Time sahur, Jan sorang je makan nasi dan baki2 lauk di atas..hehe.

Semalam, en.suami dipaksa mencari pisang untuk Jan buat makan dan buat cekodok (tepon mak tanya mcmana nak buat, kikikiki, tiba2 rasa nak makan cekodok yum2x. Dan akhirnya, bukan sahaja pisang dibeli, dia beli gak 2 nasi lemak kukus dan ayam + telur itik masak lemak cili pada + tempe & tahu sambal. Alhamdulillah, kenyang. Dan disebabkan en.suami dah beli banyak, so Jan goreng cekodok je lah.. Kenyang, tapi semalam tak habis pun nasi lemak tuh, tiba2 angin dalam badan banyak lak..asik menolak je..Tido awal semalam, dan en.suami selesaikan tugas mendobi.. Bangun sahur pagi tadi, tengok dah pandai sidai baju ikut ajaran isteri...kikiki. Thanks a lot en.suami.. hehe (bukan dia baca pun blog wife ni punnnn!)