Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 30, 2012

28 days

Assalamualaikum semua

Maafkan lama tak membuat apa-apa entry dalam blog picisan ni.. hehehe.


Alhamdulillah, Jan dah 28 hari berpantang setelah melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.2kg secara normal pada 2 nov 2012, itupun dah terlebih 2 hari dari EDD. Alhamdulillah, walaupun kena induce sebanyak 3 kali, hehehe. baru lah rasa nak terberanak hari Jumaat (2 nov) tu..


Nape induce? Sebab takde sebarang tanda untuk beranak..


Nape kena warded on 31st Oct? Ditempatkan di HPSF, Muar dengan bilik berempat siap toilet dalam wad dan aircond..Sebab check kat KK Sg Mati pada hari EDD, air ketuban dah tinggal 7.3 je.. Nak guna unit ape utk air ketuban tuh, kurang kefahaman. Cuma faham kalau dah tinggal 5 tuh, kira dah bahaya dan terus c-zer takut baby lemas.


Cerita bersalin? Ermm, pendek je ceritanya. Masuk ubat ke-3 hari Jumaat pagi sebab dah 2 kali masuk takde feel dan bukaan 2cm je tak gerak..hihihi. Masuk ubat kedua, baru lah ada keluar tanda darah so takde solat dah.. Tapi rasa senggugut mcm biasa, bukaan 2cm je. 


Ubat ke-3 masuk pagi Jumaat, adalah yang terakhir percubaan kalau tidak berjaya juga kena masuk belon. (which abang kata, lagi sakit!).. Jan masih bergembira lagi time ni, TAPI bila nak bfast pagi tuh, terus CB dan muntah2..kira adalah mcm 3 kali muntah, 3 kali CB sampai kul 11.00thari. Lunch pun Jan tak lalu nak makan, sebab sakit senggugut tuh dah datang 2 minit sekali... But, manalah Jan tahu itu sakit nak bersalin, ingatkan sakit normal..hehehe. Jan tak lalu nak baring atas katil, dok jalan2 sambil tahan sakit sampai terdiri bulu roma tahan sakit. Siap gi toilet ulang alik dan teran lagi, tapi tak kuar najis lak..hahaha..memang sakit sangatttttt... 


Nurse tgk pun macam takut, terus suh check bukaan! I didn't suspect nak bersalin, siap kata kat doc tuh, "Doktor, saya rasa darah saya banyak kot, tuh yg sakit sgt!" hahaha. Sekali dia check, " Eh, dah 6cm lah...masuk Labour Room cepat".. I was "HAH????" terus diusung dengan stretcher ke LR.. masuk LR dengan 7cm already, start pukul 3.30pm, selamat bersalin 4.29pm!!! Bila baby dah kuar, siap leh tanya " Eh, dah kuar ek?" hahaha. Semua sakit hilang.. Jan tak sedar pun baby dah kuar. Tapi memang ONE great journey of bersalin!!


Jan kena bius gara2 ada serpihan uri melekat, so doc nak godek perut dan jahit. Sbb tuh, masa dia jahit Jan tak rasa sakit..hehe. Lucky me? Masuk wad balik dengan mamai2 ubat bius kul 8pm! Bayangkan Jan dalam LR dari 4.30-8pm!!!! Sempat makan kat LR, nurse datang pakaikan pad dan akhirnya disorong ke wad bersama baby..


I was like " Ehhhhh, dah jadi mak orang!!.. "Eh, mcmana nak handle baby ni"....So many EH..hahahaha


Till now, still learning dengan banyak perkara baru, tambahan pula Baby Syahmi banyak ragam! Memang menduga kesabaran dan ilang sabar! Lucky I have my mom and siblings yang ada kat rumah ni banyak membantu. En.suami weekly je balik. 


So, hope I can be a good mother to my baby Syahmi..Amin

Wednesday, September 26, 2012

Update Kembangnya Diri



Firstly, nak ucapkan tahniah dan take care pada wanita yang cantik dan best blognya, Neena atas perkhabaran gembira. Congrats sis!

Hari ini adalah minggu ke-35 bagi Jan. Minggu depan dah 36weeks, orang kata dah full term. Dan next week ada check-up kat Klinik Kesihatan untuk jumpa Doktor dan scan kedudukan baby..selama ni, check up regularly kat Klinik desa je. Maknanya, Jan dah boleh bersalin bila2. Berdebar dalam hati, kat luar confident, lagi2 banyak membaca kisah bersalin rakan2 di blog.. kikiki. Berat badan makin bertambah, maknanya makin berisi dan comel sangat! Mampu ke nak turunkan 15kg!!! Ahahaha. Stretch mark dah banyak kat perut...eee, tak cantik dah perut ..hahaha (selama ni cantik ke, kak?) hahaha

Gerak baby, tak banyak sgt. Dan tak aktif. Ada masa2 je dia bergerak. Jan andaikan dia tido banyak...macam mama nya. Tapi kawan lak kata, time pregant kalau tak aktif, keluar nanti sure aktif...hahaha, bikin mama kurus yee baby!

Banyak lagi persiapan beg mama nya belum settle.Set bersalin pun taktahu nak beli yang mana.. Duit lak lambat nak masuk! Nyampah! :P Nak beli pun, teragak2...:(.. apapun, minggu ni dan minggu depan last ye untuk settle kan beg mama... beg baby dah settle dah. Jan agak lah, kalu ikutkan checklist tuh, memang dah settle dah beg baby. Kalau ada yg tertinggal? Ampun kan lah ek..

Jan? Masih boleh berjalan lagi, tapi keje Jan kan banyak duduk.. Nak gak rasa berjalan2, tapi kena slow2, berat ni rasa berat je..Tapi Jan tak manjakan sangat badan. Buat gak memberus toilet, basuh baju..buat sikit2, asalkan buat. Gagahkan diri. Kalau penat, stop kejap. Tuh yang kaki bengkak lah, berpeluh sakan.. Ada lagi sebulan ye!

Itu je kot perkembangan diri yang makin tembam dan comel ni...Lama tak bagitahu perkembangan kan?

Jan kerap blog walking je, blog kat side bar tu. Membaca kisah rakan2 dan kadang kala, bergelak dan ketawa sorang2, ada gak yang Jan bagi komen.. Anda semua lah santapan minda Jan hari2 tau! 

Bye.

Wednesday, August 1, 2012

Makan

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah dah 12 Ramadhan hari ini, dah 12 hari berpuasa penuh, terawih je tak penuh..hehe (malu) sebab ikut kesihatan badan..Walaupun hari ini sepatutnya WW - Wordless Wednesday, tapi sebab hari ni je teragak nak cerita dan menulis, takut hari lain bz bee..So, dibenarkan lah untuk tidak WW ek? (suka hati I kan? hehe)

Bila bukak blog kawan2, selalu nampak depa post pasal makan. So hari ni Jan pun nak post pasal makan..hehehe. Wpun tak sehebat masterchef 

Ok, rutin kami berdua berbuka dan bersahur mengikut keadaan semasa yakni samada ikut pulus dan nafsu makan...Hahaha. Dan jugak tahap kesihatan Jan masa tuh. Kadang2 tak bermaya dan pening2, so tak kuasa berdiri lama2 kat dapur dan masak, silap-silap pengsan kang. Kadang2 tuh, ikut en.suami teringin nak makan ape. Kadang2, beli je atau masak. Iyalah, sampai rumah dalam 6.15-6.30 petang.. Dahlah, bukan jenis pandai masak dan bawang2 semua belum blend..hehe. Sib baik, en.suami faham. kikiki

So, hari isnin lepas..Masak lah perkara paling mudah dan apa yang teringin nak makan (actually, itu je yang ada dalam fridge, kikiki - sbb tak shopping lagi). Menu berbuka kami adalah Nasi, dan peria goreng telur dan telur dadar.Pastu en.suami ada belikan ayam percik untuk kami berdua. So itu lah menu berbuka hari Isnin. Time sahur, Jan sorang je makan nasi dan baki2 lauk di atas..hehe.

Semalam, en.suami dipaksa mencari pisang untuk Jan buat makan dan buat cekodok (tepon mak tanya mcmana nak buat, kikikiki, tiba2 rasa nak makan cekodok yum2x. Dan akhirnya, bukan sahaja pisang dibeli, dia beli gak 2 nasi lemak kukus dan ayam + telur itik masak lemak cili pada + tempe & tahu sambal. Alhamdulillah, kenyang. Dan disebabkan en.suami dah beli banyak, so Jan goreng cekodok je lah.. Kenyang, tapi semalam tak habis pun nasi lemak tuh, tiba2 angin dalam badan banyak lak..asik menolak je..Tido awal semalam, dan en.suami selesaikan tugas mendobi.. Bangun sahur pagi tadi, tengok dah pandai sidai baju ikut ajaran isteri...kikiki. Thanks a lot en.suami.. hehe (bukan dia baca pun blog wife ni punnnn!)

Tuesday, July 24, 2012

Yeah Pakai Uniform

Assalamualaikum semua.

Salam ramadhan hari ke-4 semua. Alhamdulillah masih berpuasa, cuma next month akan skip satu hari sebab ada ujian kali kedua mggt. Caiyok Jan! Yang penting puasa kali ini, Jan memang kena bersahur nasi dan berbuka pun nasi.. Ohhhh, tidak! hahaha. Kena lah buat mcm tuh, kang tak larat..Sian kat baby dalam perut kan.. 

Entering 26weeks esok. Hari ini juga Jan telah pakai uniform preggy..Hehehe. Mula-mula malu nak pakai, gara2 peyut pun bukanlah obvious sgt kan. TAPI, sebab semua baju Jan dah ketat dan show off peyut & dot2, lagilah Jan malu nak pakai.. I kan bangsa pemalu! hahahaha. Tudung pun, Jan nak pakai tudung bawal je. Labuh gitu.. kena beli lagi, murah je RM10.. hihihi. Kriteria baju pilihan kenalah labuh dan besar... hehe. Nak pakai maxi preggy belum terbuka hati sebab rasa mcm perempuan lak...HAHAHAHAHAHA.

Ok, next cerita pasal puasa. Hari 1 & 2 buka puasa & sahur kat umah mak.. HEAVEN! Sebab banyak layanan dan order2 makan kat mak dan kakak pun balik..Depa pun layan je..hehehe. Siap mak bekalkan lauk2 untuk sahur dan buka hari Isnin. So, hari isnin sahur & buka dengan lauk mak bagi... Tengkiu kakak & mak! Muahsss.. Minggu ni, buka & sahur kat umah MIL lak.. Jan tak order2 kat MIL dan takde lah layanan istimewa sgt sebab segan kot, lagipun MIL tak sihat sgt. So, apa yg beliau masak, Jan makan je. Yang pasti adalah lah kot lauk kegemaran en.suami nanti.. Tapi beliau pun jarang mintak2 sebab takmau susahkan mak dia. :D

Cuma semalam ada tambahan lauk, iaitu sambal tumis ikan bilis & kentang.. Jan dah tak larat semalam, pening lak. So dah siapkan masak nasi, panas lauk, siapkan bahan2 utk sambal..Untuk masak sambal, Jan suruh en.suami. Alhamdulillah, kenyang buka semalam dan sahur pagi ni.. Nasib baik terjaga 5.15am pagi ni, sempat sahur untuk kami...Lepas subuh, semua pengsan...hahahaha, so thumb print lambat lah hari ni..hehehe.

Next baby's things, cerita pasal perkembangan baby. Bila dah 6mths ni, nurse & kawan2 tanya "dah rasa baby gerak2".. Hehehe, klaka sebab Jan taktahu tak kata ape, Jan akan kata "Belum lagi" tapi mungkin jugak Jan taktahu nak bezakan samada itu dikatakan movement baby ke, angin ke, lapar ke. Kan, klaka tuh. Nurse ckp movement tuh kita rasa geli2, hmmm so far takde pun geli2.. kiki.

Barang baby..Semuanya Jan tak beli dan siapkan lagi...Boleh tak? Hahaha, haruslah kena ukur budget dan dompet dulu kan.. Kena start beli kot sikit2 sekarang.. Dah 6mths ++ ni, ada lagi lebih kurang 4mths je. Tapi Jan dah download checklist kat kina untuk jadi panduan. Maybe boleh follow lah. Oh, ye.. Adik ipar (isteri adik Jan) dah selamat melahirkan baby boy kat KPJ Ampang last week Selasa. 2.5kg secara c-sec. Jumaat lepas gi tgk baby dia, hensem boy! Muka baby cantik sangat... Muhammad Zulqarnain bin Mohd Hafiz. 

Oklah, panjang lebar kan cerita. hehe. Till we meet again.

p/s : Dah masuk 6mths, Jan merengek2 kat en.suami sebab semua baju & suar tak muat gara2 peningkatan berat melampau..Hahaha. So, alhamdulillah en.suami layan rengekan..Hehehe. Dapatlah 3 blaus, 2 suar preggy utk keje, 1 suar dok rumah, 2 pasang jubah. Kikiki.. tapi jan rasa, nak gi beli lagi bulan ni...wakakaka. Beli kat AEON je, murah kan Scarlett (mampu milik). kikiki.

Tuesday, June 26, 2012

Assalamualaikum

Melalui keje 'baru' ni, so called 'keje baru' tapi kat tempat sama yang berubah hanyalah status, membuatkan terfikir untuk berhenti dari post ini. Sebab? 

Bosannyeeee rupanya dok kat post ini..
Walaupun kadang2 banyak keje, tapi life tersekat. Tak macam keje dulu! Best bergelak2, serius bila perlu..hehehe
Sekrang ni, bingung tak tahu nak buat pe, dah lah dok dalam partition...tak nampak orang, privacy lah konon..kikiki
Kadang-kadang memang best keje kat sini, tapi tak sebest post dulu..
Uwaaaa, nak post dulu!!!  
Wpun dapat elaun extra yang tak sebarapa banyak, tuh pun alhamdulillah..

Tapi, still I missed my old post.
Sigh..

Ok, update pasal diri mak buyung ni. Pinggul dan peha makin melebar dan membesar dengan jayanya.... Tahniah! hahahaha, perut tak nampak sangat. Masak memasak still boleh buat, wpun tak masak beria sangat, cuma kalau nak bangun dari baring atas lantas tuh, payah sket, badan dah berat, peha mcm cramp..huhu..Masih boleh memakai sluar biasa yang besar2, belum nak beli baju & seluar prenancy (tunggu gaji lah kot). Barang2 baby semua belum beli, asik dok survey barang baby..mak aii banyak RM jugak ye...Lgpun, mak kata awal sangat lagi (lagipun income pun merundum ni..hehe). Duit dalam purse pun ada not kaler merah sekeping, hahahahaha.

Tak lama lagi nak Ramadhan, hope boleh berpuasa penuh dengan jayanya dengan sihat dan walafiat ye, baby! Caiyok!!!



 

 

Wednesday, June 20, 2012

WW

Wordless Wednesday..

Eh, banyak jugak perkataan nak tulis ye..tak jadi lah WW..hikhik.

Melihat kepada pic kat bar sebelah tu dari bump.com..Hmmm, nape takde pun perut mcm tuh ek.. Normal ke perut ku ini? Rasa mcm tak mcm pic tersebut, hik2x.. 

Mungkin ada, tapi diri sendiri je perasan, orang lain tak perasan lah kot.. Menyedapkan hati sendiri..huhu
 

Thursday, May 10, 2012

My Story

Assalamualaikum wbt..


Maafkan saya sebab lamanya meninggalkan blog ni dengan habuk..huhuu


Reasons :
a) Tak sempat
b) Malas nak tulis..hahaha
c) Takde cerita atau lupa nak cerita..kikiki


Ok2x.. berbalik pada the title "My Story"..


a) I baru balik vacation dari Cherating & K.Tganu bersama famili belah saya..
b) I just been promoted to a new post..Ikhlas3x...Keje kena ikhlas, wpun surat ditulis 30April, tapi dapat 2Mei...too fast too furious! hahahaha. 
c) I am fine and healthy. Makin berisi, makin berat... Tiada sebarang loya2, muntah2, pening2 atau mana2 simptom biasa m2b. Tapi my B memang ada berdenyut2..huhu (maluuu). Hoping that I am fine & bahagia & dipermudahkan sepanjang musim mengandung ini...(musim? huhu)
d) Ada kawan, kata muka saya berseri-seri... Ada kawan kata, saya sure dapat baby girl..huhuh, I dont mind asalkan baby sihat & sempurna & terbaik untuk kami berdua. Boy or Girl..kami terima...(*dalam hati, best gak kalau pompuan...hahaha)
e) Ohhh, saya kena minum air gula bulan depan sebab BMI dah Overweight...hahaha, tahniah. Dr cakap sebab saya ni gebu.. hhihihihi..
f) saya kena siapkan ISO...wuarghhh...esok dateline!
g) saya kena kemas meja & barang saya utk berpindah ke tempat baru.......wuarghhhhhhhh, malasnyeeeeee nak kemas!!!!
h) semalam en.suami masak Nasi Goreng Kampung!!! Delicious! nak sempat nak hantar kat Hai


Dan hari ini birthday Kakak saya....Happy birthday sis! Jgn lupa blanje Sabtu ni...YESS!!!!


p/s : Apesal lah macam formal jek gaya tulisan ni...hmmmm

Wednesday, March 28, 2012

Syukur PadaMu

Assalamualaikum.


Today I went for 2nd scan as what the doctor asked me to do. 


And.. subnaAllah & alhamdulillah. We (me & en.suami) saw the kelip2 thing at the screen monitor..huhu. Speechless bila tgk ada heart beat (the kelip2 thing tuh). But the image for the baby is not so clear as it is still small. 


Heeeeeee.. Alhamdulillah. My due date will be on 31st Oct 2012 or 1st Nov.. hehehe


Take care urself Jan..Ada beberapa orang di tempat bekerja Jan sudah maklum Jan berbadan dua..hihihi, malu lah i (tetiba pulak).


Ok, till then, bubai all. 

Thursday, March 22, 2012

Banglo

Tengah mencari tukang untuk membuat banglo...
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Untuk sape??????????? 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Anak2 Bulus lahhhhh...huhu

antara idea menarik dikidnap dari en.google yang baik ati. Memang marveles design & idea kekreatifan mat salleh dan orang jepun ni..ish2x.





Ni seyes mengada ni...haha.

Betul mansion tuh..


Thursday, March 8, 2012

Alhamdulillah

Assalamualaikum Semua.


Alhamdulillah, dah jumpa Dr Sheila semalam. She said "Tahniah" to us. And ask to see her 3 weeks later to re-confirm abt the pregnancy.




Alhamdulillah sangat.


Tak heboh2 lagi, sebab terlalu awal. Takut mula sesuatu terjadi..:D


Tapi I have told to my bff, Pn Deqna dan Pn Hai the news.. Hehe. And ask them to keep the secret by themselves only...hehe


Today, I want to call my mom, my sister and my brothers abt the news.. Moga mereka juga mendoakan kebahagiaan dan kesihatan serta keselamatan kami (me & kandungan) for 40 weeks...Amin.


Prayers, Solat and Ngaji - will double up this week. Insya Allah.


p/s : I just knew that my bff, Ida have lost her kandungan at the 6 mths.. Ada hikmah disebalikNya dan Allah knows the best. Hope she is doing ok dan sentiasa berdoa & bersabar.Salam takziah dariku, my friend...:((



Tuesday, March 6, 2012

Big News

Salam..


Alhamdulillah after 2 years of marriage. Allah has given US the "rezeki". It is to early to habaq pada kawan2 even our family pun. Boleh? Hehe. 


UPT done at home,after I missed my P for a week. Test firstly in the morning, without any hope abt it, I just did my routine breakfast for hubby & me..left the UPT alone for a while in the loo. Because I had tried so many times UPT for every month, and the result is -ve..So, takmau berharap, hence there are no symptoms or 10 things if U are pregnant. But, none the symptom I had. After a while, i checked the result...


AND JUST CAN'T BELIEVE IT!!! It is +tive & double line..Eh, I'm pregnant, doubtful lagi tuh. Mcm tak caya, buat solat syukur sekali & subuh..En. suami tak bagitahu lagi. Bagitahu bila dia dah bangun minum pagi..Tersengih2 kat dia.. Dia buat muka blur jugak. Then PAKSA dia masuk toilet tgk something atas cermin. Mula2 dia takmau gak.. Tapi I dok paksa.. Then, he went inside to see. Keluar toilet, "Eh, sayang pregnant ek" terus he kissed at my cheeks.. huhuhuhu.. And he said. "terangnya line ek." 


For the moments, I just berhati2 abt makan dan jalan2 and consume asid folic as usual even setiap bulan I dok makan a.folic ni..huhu and tugas buang u'uk my cats automatic switch to my husband..BUT the confirmation from doctor belum buat. reason? Buzy like a bee this week. So, we decided not to tell others. After seeing the doc, then we will spread the news to our parents. Hopefully, it will turn good and smooth.


p/s : ticker kat sebelah tu, ngada2 jek..just to keep track.


Pray for us for the happy & healthy nine months @ 40 weeks...Amin





Wednesday, February 22, 2012

Wordless Wednesday? Nopeeee





Assalamualaikum semua


Yessss! I am so happy and bless for next week i am free from jawatan "pemangku" kerja-kerja bila tuan tanahnya akan pulang minggu depan.


So, segala kerja-kerja dan amanah yang tertangguh bolehlah dilaksanakan dengan baik semula. Ceh, macamlah hebat sangat ko buat keje! hahahaha.


Tapi dengar gossip2 yang mengatakan I will be the best choice to replace tuan tanah later on, sebab tuan tanah di offer ke bahagian lain...Aiyooooo!!


Tetiba rasa sedih lak bila kerja pemangku jadi real! uwaa
Tapi, yang penting I really need this picture to be positive


Ehh...Kata, wordless wednesday..hampeh lah


Oh, congrats to Pn Renee yang telah selamat ber ijab kabul bersama suami tersayang. dan sekarang berhoneymadu di Bali..wow, nak Renee Jr lah..huhu. And another congrats to Mummy RR  yang dah buat full time sebagai WP dan ann akan bukak booth di Shah Alam.



          Sila cari ---------->Ann Magnifique Planner (L03,near to SACC cafe)

So, apa lagi..sila serbu & booking Ann. Sebab beliau memang kreatif & awesome!

Ok, till then bubai all.

Wednesday, February 1, 2012

Haruskah?

Assalamualaikum semua.


Note : for the Information, Jan ni bukan seorang yang baik dulu2.. Memang menyesal dan memang menyesal sangat sangat.. Cuba menjadi yang lebih baik.


Sejak berkahwin ini, Jan selalu teringat kembali kenangan-kenangan silam, dosa2 lalu dan perkara yang paling rasa menyesal dulu2.. Masa nak tidur, tiba-tiba boleh teringat pasal dosa-dosa.. masa bercakap dengan suami, tiba-tiba kenangan lalu bersama ex boleh muncul..ishhhh,  memang tak patut pun ingat!!!! Bila baca artikel keislaman, ada part pasal couple is haram, terus teringat pada kisah silam.. Ya Allah!!! Setiap kali terjadi perkara macam tu, Jan cepat2 istighfar dan fokus fikiran pada suami tercinta, lelaki yang menerima Jan seadanya dan sayang pada Jan walaupun kisah lalu Jan sangat tak baik.. Indeed he is a good man...(tetiba lagu Anuar Zain "Lelaki Ini" terdengar di corong telinga)


Kenapa perkara ini selalu mengganggu fikiran?
Perlukah bersuara pada suami?
Solat taubat perlu dilakukan...


Ya, Allah bantulah hambamu ini ke jalan Mu. Amin



Tuesday, January 31, 2012

Misi Bermula

Salam semua.


Yes, esok bermula lah misi memenuhi azam tahun baru.. Yang manakah?


Adalahhhhhhhh... hehe. 


Hari ni last day in January, hope the following months will be great!


Ok, short entry..bubai, mau balik lah..
























Terimalah picture tak seberapa ni & gedik tuan tanah..Hahaha..Layan lah ek. Bukan selalu pun!!!! :P





Sunday, January 29, 2012

My Sunday

Assalamualaikum semua


Yes, i know..lama sangat menyepi kan. Well, been quite buzy this January - Mac 2012 because I have to take over my boss's task, she is on maternity leave. Yup, siapa lagi orang kepercayaan beliau! Me, lah the one who is very "rajin". Kikiki.


So, bercerita tentang khabar gembira adalah my BFF Ida is pregnant!!! After 2 times miscarriage and they have been married abt 4 years kot. Alhamdulillah, rezeki. Dan yang nak terasa nya adalah, Ida ni dah almost 5 months!!! Wuarghhh, terlambat kereta api!!! But, takpe.. I know that she is afraid to munculkan awal like the previous pregnancy..So bila dah kuat dan kukuh baby, barulah she let others know. Take care my friend!


Oh, entry ni nak bercerita pasal My Sunday. Sila view the pictures je lah..:P


Morning - Begins with Nescafe & Anlene with En. Suami

Breakfast Our meal - Bihun Singapore Campur2 & Sempoi
En. suami works TODAY! I am left alone with my cats..Sigh, lonely :((

Petang - To buy barang dapur yang dah habis & kering..hehe

Night - AJL 26 you all !!! wpun Anuar Zain takde..hukhuk
                                               Esok? 
Ini term biasa..bila Isnin menjelma...kiki

Positive sangat! hahaha
p/s : tg en. google for all the images.


Sekian...

Wednesday, January 4, 2012

Year 2012

Assalamualaikum Semua...


Sebelum tu, baca lah blog Pn Kina ini blog peribadi Kina.. Suka mengikuti persiapan wedding beliau di Wedding Kina dan baru2 ni Kina dikhabarkan bakal menjadi M2B tahun ni..bahagia kan Kina..Congrats dear..


First nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2012. Moga tahun ini adalah lebih baik dari tahun sebelumnya.


Sebelum kita bercerita pasal azam2 tahun baru, meh cerita kisah lama 2011. Cuti panjang pada 25 Dec - 27 Dec, berada di Johor Bahru & Kota Singa. 


Menjenguk kota singa yang dah lama tak jenguk. last time pergi masa kecil dulu..see how long it was! Amused with the buildings and the hygiene, susahnya nak nampak sampah merata2 even di kedai makan..Erm, something yang Malaysia tiada. Christmas di S'pore khabarnya meriah dan banyak lampu-lampu yang cantik. Tapi, of course lah main purpose to S'pore bukan nak sambut Christmas yee. Kami gi Spore hari Isnin, 26th Dec. Pagi2 dah masuk Spore, time 10am manalah ramai lagi kereta menjalar di imigresen dan spore.. Venue kami adalah seperti berikut. Sila enjoy ur eyes..(malas nak type)
haa, nampak kan "Mustafa Centre"


shopping dari dalam kereta..ramai sgt manusia



Membeli? Of coz lah.. Perfume sgt murah lah. Kalau kat Msia, Rm130..kat Spore baru RM70..giler babas kan? Hehehe..jakun memang mcm tuh. Sempat rembat satu perfume utk encik suami's anniversary gift. Dan semestinya ada utk diri sendiri jugak..hehe.


Tak sempat menjalar kat shopping mall kat Orchard Street sebab ramai gile. Next trip nak menjelajah USS lak. Wait for me, Singapore...


Then, on 27 Dec..merayap di JJ Tebrau jap. Kemudian, petang pergi ke Johor Premium Outlet, melihat2 dan berjalan2 di sana..Memang besar tempatnya, banyak butik2 yang high-end dan ada juga mampu dimiliki (konon). Price, according to my brother..yes, it is cheaper here. Tapi sayang kot, brand mcm Fossil beg ratus2 Rm400 ke atas tak disusun atas rak, bertindih2 jek..Nak beli pun tak semangat. Pengunjung2 ni campak2 je, eh macam beg tu Rm10 je..Maybe sebab tu, butik Coach kena beratur nak masuk. Supaya produk mereka tersusun & cantik je..Masuklah butik Burberry, my sister suka dengan one of bags, check the price...Ya Allah, RM5k ok!!!! Sekian, letakkan semula yeee.. Sapa yang nak bershopping ok je kot. Nak survey mcm kami pun ok, wpun, my sister rembat satu kasut Clark!! hahaha. 


So, feast ur eyes again readers..(nak beli, tak mampu pun ..:(() 





Cantik kan...see, ada escalator
Azam tahun baru adalah :
a) Menyiapkan tembok rumah, baiki atap bocor
b) Membina banglo anak2 bulus
c) Membuat pintu grill
d) Tukar pintu toilet kepada folding door
e) Beli sofa 
f) Beli 2 helai carpet
g) Betulkan apa2 yg patut di rumah & cantikkan rumah!
h) langsir baru? Maybe
i) Kuruskan badan 
j) Dan insya Allah, 2012 berniat utk menjadi seorang ibu..(eceh2x..insya Allah)
k) Menjadi insan yang lebih baik, bersih hati, positive thinker dan berhajat utk menutup aurat dengan lebih baik..Doa kan saya!

Moga apa yang dihajati akan tercapai hendaknya 2012 ini..Amin