Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 22, 2011

Muhasabah Diri

Assalamualaikum Semua. 
Terdetik untuk berkongsi artikel ini sebab hal terjadi di ofis.. Sejak kebelakangan ini ramai sangat yang mengadu2 dalam FB dan membuat statement yang memerli secara terang atau tersirat. Ada tuh siap dengan surah2 Al-Quran.. Tapi terfikir juga, kalau niat anda baik oklah kot. Tp, tuhlah kita ni manusia biasa. Awak solat 5 waktu, bertudung, perilaku baik..tapi status mcm tuh, tahulah sakit hati & geram..menggunakan kata2 bijaksana atau surah2 Al-Quran (which I dont really know sgt hukumnya..). 
Just my opinion. Correct me if I am wrong tau!hehe
Tapi pada Jan, tak perlu kot letak kat status ayat2 mcm tuh, orang baca..dan terlintas untuk membuat andaian. Dan orang sekeliling ada paham kot status awak tuh! Dan tahu pada siapa anda tujukan..Pada Jan, takyah lah canang kat FB. Cukuplah anda seorang mengalaminya dan apa yang perlu buat adalah banyak2 bersabar dan berdoa. Doa orang teraniaya ni makbul..
Yup, dulu pun ada gak mengadu domba dalam FB, tapi lately ni..takmaulah. Buat apa lah mencanang kan. So..Jan tak setuju lah mende2 ni. Yang penting hati mau bersih!
"Kualiti amalan bergantung pada kualiti hati pelakunya. Setiap kali kita melakukan satu perbuatan, maka hati akan menentukan itu amalan baik atau sebaliknya. Berderma misalnya, ialah amalan yang baik tetapi sekiranya dilakukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk, ia bertukar menjadi riyak dan hukumnya berdosa.
Begitu juga solat. Pada zahirnya ia memang amalan yang mulia. Namun sekiranya hati orang yang melakukan solat kerana ingin “membesarkan” dirinya bukan membesarkan Ilahi, maka solat itu bukan lagi amalan yang mulia.
Maka berhati-hatilah menjaga hati kerana amalan yang sebesar gunung sekalipun tidak akan bernilai walau sedebu pun, sekiranya diamalkan tanpa ikhlas.  Hati bukan sahaja menentukan kualiti amalan seseorang, bahkan nilai orang itu secara keseluruhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak melihat kepada rupa paras kamu dan harta kamu tetapi melihat kepada hati-hati kamu dan amalan-amalan kamu.” (Riwayat Muslim)
Pernah diberitakan bagaimana seorang yang rajin bersolat pada waktu malam dan berpuasa sunat pada siang harinya, tetapi Rasulullah s.a.w. mengatakan dia ialah ahli neraka, kerana lidahnya yang suka mencela jirannya. Mengapakah lidah suka mencela? Jawabnya kerana hatinya masih kotor, walaupun ibadahnya banyak.
Dalam konteks yang sama, Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan bahawa tidak akan lurus keimanan seseorang, sehingga lurus hatinya. Dan tidak akan lurus hati seseorang, sehingga lurus lidahnya.
Sebaliknya, pernah Rasulullah s.a.w. memberitakan bagaimana seorang lelaki menjadi ahli syurga walaupun amalannya hanya “biasa-biasa” sahaja dibandingkan dengan para sahabatnya yang lain. Setelah diselidiki oleh Abdullah bin Umar, beliau dapati kelebihan lelaki ahli syurga yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. itu ialah dia tidak pernah menaruh rasa hasad dengki kepada orang lain. Sekali lagi ini membuktikan bahawa kualiti hati menjadi penanda aras kelayakan seseorang manusia untuk memasuki syurga.
Firman Allah yang bermaksud: “(Hari kiamat ialah) hari yang mana tidak berguna harta dan sekalian anak pinak kecuali orang yang membawa hati yang sejahtera.” (Surah al-Syu’ara 26: 88-89)

Credit to the Source : khairulaznan
p/s : peringatan untuk diri sendiri juga, semestinya! :D

No comments:

Post a Comment