Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 23, 2011

Lega

Assalamualaikum Semua.


Alhamdulillah lega sudah hati ini dari tertanya2 dan membuat andaian yang boleh berunsurkan fitnah serta gundah gelana.. hikhik.


Sure korang tertanya2, apa lah yg dibebelkan oleh pemilik blog ni kan? hahaha.


Ingatkan entry semalam "Muhasabah diri". I confront her and asked why she made statement like that in FB..Alhamdulillah, she just answered me honestly and it was far beyond my minds and prediction...hahaha. Tuhlah, betullah orang kata..kalau nak tahu apa2, just straight forward and ask the person. Face to face. Kan senang... Dah lega hatiku ini...hehehehe.


And to the person, I am sorry for the wrong judgement...:D peace no war!


:D

Thursday, December 22, 2011

Muhasabah Diri

Assalamualaikum Semua. 
Terdetik untuk berkongsi artikel ini sebab hal terjadi di ofis.. Sejak kebelakangan ini ramai sangat yang mengadu2 dalam FB dan membuat statement yang memerli secara terang atau tersirat. Ada tuh siap dengan surah2 Al-Quran.. Tapi terfikir juga, kalau niat anda baik oklah kot. Tp, tuhlah kita ni manusia biasa. Awak solat 5 waktu, bertudung, perilaku baik..tapi status mcm tuh, tahulah sakit hati & geram..menggunakan kata2 bijaksana atau surah2 Al-Quran (which I dont really know sgt hukumnya..). 
Just my opinion. Correct me if I am wrong tau!hehe
Tapi pada Jan, tak perlu kot letak kat status ayat2 mcm tuh, orang baca..dan terlintas untuk membuat andaian. Dan orang sekeliling ada paham kot status awak tuh! Dan tahu pada siapa anda tujukan..Pada Jan, takyah lah canang kat FB. Cukuplah anda seorang mengalaminya dan apa yang perlu buat adalah banyak2 bersabar dan berdoa. Doa orang teraniaya ni makbul..
Yup, dulu pun ada gak mengadu domba dalam FB, tapi lately ni..takmaulah. Buat apa lah mencanang kan. So..Jan tak setuju lah mende2 ni. Yang penting hati mau bersih!
"Kualiti amalan bergantung pada kualiti hati pelakunya. Setiap kali kita melakukan satu perbuatan, maka hati akan menentukan itu amalan baik atau sebaliknya. Berderma misalnya, ialah amalan yang baik tetapi sekiranya dilakukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk, ia bertukar menjadi riyak dan hukumnya berdosa.
Begitu juga solat. Pada zahirnya ia memang amalan yang mulia. Namun sekiranya hati orang yang melakukan solat kerana ingin “membesarkan” dirinya bukan membesarkan Ilahi, maka solat itu bukan lagi amalan yang mulia.
Maka berhati-hatilah menjaga hati kerana amalan yang sebesar gunung sekalipun tidak akan bernilai walau sedebu pun, sekiranya diamalkan tanpa ikhlas.  Hati bukan sahaja menentukan kualiti amalan seseorang, bahkan nilai orang itu secara keseluruhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak melihat kepada rupa paras kamu dan harta kamu tetapi melihat kepada hati-hati kamu dan amalan-amalan kamu.” (Riwayat Muslim)
Pernah diberitakan bagaimana seorang yang rajin bersolat pada waktu malam dan berpuasa sunat pada siang harinya, tetapi Rasulullah s.a.w. mengatakan dia ialah ahli neraka, kerana lidahnya yang suka mencela jirannya. Mengapakah lidah suka mencela? Jawabnya kerana hatinya masih kotor, walaupun ibadahnya banyak.
Dalam konteks yang sama, Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan bahawa tidak akan lurus keimanan seseorang, sehingga lurus hatinya. Dan tidak akan lurus hati seseorang, sehingga lurus lidahnya.
Sebaliknya, pernah Rasulullah s.a.w. memberitakan bagaimana seorang lelaki menjadi ahli syurga walaupun amalannya hanya “biasa-biasa” sahaja dibandingkan dengan para sahabatnya yang lain. Setelah diselidiki oleh Abdullah bin Umar, beliau dapati kelebihan lelaki ahli syurga yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. itu ialah dia tidak pernah menaruh rasa hasad dengki kepada orang lain. Sekali lagi ini membuktikan bahawa kualiti hati menjadi penanda aras kelayakan seseorang manusia untuk memasuki syurga.
Firman Allah yang bermaksud: “(Hari kiamat ialah) hari yang mana tidak berguna harta dan sekalian anak pinak kecuali orang yang membawa hati yang sejahtera.” (Surah al-Syu’ara 26: 88-89)

Credit to the Source : khairulaznan
p/s : peringatan untuk diri sendiri juga, semestinya! :D

Tuesday, December 20, 2011

Program Di Waktu Lapang

Assalamualaikum semuaaaaaa... 

ade ke yg nak jawab salam ni, sebab takde pengunjung pun masuk. Ni kan blog suka2...hehehe

Ok2x, mengaku..dah berkurun lama tak hupdate blog carca marba ni. Ampunn. Selalu teringat kat blog, tapi tak lah terbuka hati nak menulis. Atau, time ada idea mencurah2 bukak blog idea ilang...mcmana??? Memang sah tak boleh jadi penulis novel, pastu novel diadaptasi seterusnya Aaron Aziz yang berlakon!!!! Wah2x, verangan nampak!!! hahahaha

Ok, meh kita cite secara pukal & pendek2x. (tidak mengikut kronologi tarikh)

a) Ombak Rindu - belum sempat menonton. En.suami kata, tggu je kat astro first. Dia bagi green light untk subscribe. Alasan : tak mau teman I gi wayang tgk cite melayu...Sighhh, takpe2x boleh di tolak ansur. 

b) Anak Buah - yesss, adik ipar dah 2 bulan preggy! yess, cant wait for the kelahiran first anak buah in both families!! Sure banyak present dan gift dari uncle & aunties yg baik atie..haha

c) Jalan-Jalan Cari Makan - Hari tuh, saje kakak ajak gi family gathering makan2 dan jalan2 bulan lepas. So, first pergi Dinner di Istana Bambu. Prediction : Bolehlah, the food, the place, dapat dok dalam pondok, makan bersila. Haruslah tak boleh makan banyak kan? hehe. The daging goreng rangup memang best! Teh Tarik pun ok. Lauk2 lain semua biasa saje. Then, esoknya pergi ke Subang Parade. Mengorder dari Nurhuda (kawan FB) RV cupcake and rainbow cupcake...Yummmiee, memang best! Bila turun KL, memang akan order dari Huda ni
The rainbow cupcake..

The RV, always my fav

Pastu gi makan kat Penang Nyonya. Best cantonese kuey teow!! 
Yummiee

The Menubook - abaikan tgn si adik itu
d) Penang Road Trip - akhirnya, keretaku berjaya meredah jalan highway ke Pulau Pinang, dengan diri yang buta jalan ni..GPS memang membantu. Ada ke rumah kakak pun lupa nak tuju! Padahal selalu jek datang sana! haha. Ke Pulau Pinang - Ke Feringgi - Ke Alor Setar, Pekan Rabu. Oh, kami bawak mak Jan sekali...:D Kenapa ke Penang, en.suami bertanya. Bila dah balik ke Melaka, baru Jan bagitahu sebab nak bawak jalan2 sempena bday on 13dec..hehehe. Mcm last year, bawak dia gi Langkawi. Ehem2x, bawak bukan bermakna I support ek..hahaha. Timbang tara, sama bahagian agihannya..hahahaha. Eh, kira romantik lah tuh. 

e) Birthday En. Suami - On 13 Dec, 12.00am Jan nak siap2 sembunyi dengan pinggan di mana, ada one slice cake Indulgent dan Lilin yang dinyalakan. Sebab en.suami balik keje time2 macam ni setiap hari bekerja. Semua kucing2 Jan, menghadap jan nak kacau the lilin & cake!!! Ishhh...Time dia masuk je rumah dengan bagi salam (biasanya time ni, dah lena dalam bilik..so dia tak expect Jan pun)...Tadaaaaaaaaa, Jan kuar dari tempat persembunyian dan nyanyi kat dia.. Terkejut giler dia & of coz lah terharu.. Romantik tak???? hahahahaha. Sungguh lah itu perkara yang romantik penah dilakukan oleh orang yang tak romantik ni!!! Susah tau!
Pastu bila dia masuk bilik, tgk2 ada hadiah atas katil..Pun dia tak sangka!
                                                   
                                                      A card & A book
Buku untuk tambah ilmu kami berdua share. hehe
Oh, i even mintak cuti on 12-13/12, sebab nak meraikan en.suami. On 13/12, without his knowing..Jan masak!!! hahahaha, memang dahsyat lah kan masak lauk murahan je pun, lagi2 memang susah nak tgk Jan masak. Prefer makan luar atau tapau atau makan roti. Jimat. hehehe. Sorilah, ni memang surrender bab masak dari dulu. Oklah, lauk2 yang dimasak untuk dinner birthday boy (yang bekerja juga di malam hari kejadian) adalah Nasi, ayam goreng kunyit,  sambal ikan bilis, sayur sawi campur udang serta cendawan & sup suhun + pucuk + telur. Dan dah kata, lauk simple..takde lauk kebesaran pun! Tapi en. suami terharu & tak sangka Jan masak..dan makan banyak! Alhamdulillah. sebenarnya paksa dia habiskan, takpe dia rela! hahahaha

Ermmm..rasanya mcm dah habis cerita pukal ni. Takpe, nanti next entry yang tak tahu bila akan menyusul...hahaha

Till then, bubai