Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 14, 2011

Tuesday, September 13, 2011

Cerita Puasa Enam

Salam Syawal Ke-15 hari ini..


Alhamdulillah, hari ke-2 berpuasa enam + ganti...hehehe. Insya Allah, akan diteruskan dengan jayanya! Caiyok!
Dan en.suami juga berpuasa hari ini. Semalam dia tak berpuasa..


Tapiii.....
tq en.google hensem
Ni nak cite...Boleh pula en.suami ni tekun berpuasa tanpa memberitahu pada Jan!!! Arghhh, geram jap. Sebab ape????? Sebab, Jan memang set alarm, tapi biasa lah mata ni ngantuk sangat, so tak bangun lah sahur. Sebelum en.suami tido semalam, dia ada kejut Jan tanya..dah set alarm bangun sahur? Jan pun cakap lah, dah. TANPA menyedari dia nak berpuasa...ingatkan dia cuma remind Jan jek..Sebab semalam dia tahu, Jan tak bangun sahur. Hehehe, tak ambil berkat bersahur...


So, pagi ni macam biasalah..Jan siapkan minum en.suami..nampak ada beg plastik roti bun atas meja..Dalam hati, sure en.suami belikan untuk Jan bersahur..Hahahaha, adakah eden yang bengap??? Atau pun lurus bendul???? Tak memahami...So, Jan letak je air susu anlene atas meja untuk en.suami. Bila ajak dia minum, dia kata dia puasa! Arghhhhhh, marah lah jap...tekankan suara sket..nape lah nak puasa tak bagitahu! At least, akan gagahkan diri untuk bangun 430am siapkan sahur untuk en.suami..Sian lak kat dia tak bersahur, dah lah ada gastrik sket..huhuhu.


Oleh kerana itu, harapnya en.suami mampu & tekun berpuasa penuh hari ini. Dia takpe lah puasa sunat. Jan ni puasa wajib...huhu. Dan esoknya, sila lah bangun sahur ya, Mrs Jan!!! wakakakakaka
baiknye lah pic ni..tapi ni bukan kami! hehe
Oklah, lain kali kita sambung...bubai...

Friday, September 9, 2011

Ish..Berhabukkk

Salam Lebaran hari ke-11 di bulan Syawal..Maaf zahir & batin.


Firstly, mak ai..lama benar tak mengomel dalam blog tak seberapa ni. Buzy barangkali, hahaha. Takde maknanya buzy, vitamin M banyak sgt ni.. Kikikikiki. Asik lah blog walking kat fav bloglist Jan.. Lupa kat blog sendiri.. Semua orang bercerita pasal raya & pic raya. Me??? Nan ado, pic raya. Kalau adapun, sekeping jek pic famili..itu pun camera adik. Pic berdua? Lupa nak snap. ampun. Ini jenis orang yg tak berapa suka bergambar...hehe


Oklah, cerita raya. Tema baju MERAH, sebab nanti senang adik kawen takyah cari baju..Tahun ini raya turn rumah mak..Yippieeee, cuti dah lama apply tuh. So, 29 28 ramadhan kami tido di rumah MIL, sebab adik beradik en.suami nak buat dodol. Biasalah orang Melaka, haruslah ada dodol nye. Dan tau tak, ada insiden yang menyebabkan en.suami ke Unit Kecemasan pada pukul 2am!!! Sebabnya, jari terkena curahan dodol yang panas...eeee, ngeri. Jan?? Dah lelap kul 1am..tetiba dia masuk, kejutkan suruh tukarkan dia seluar yang dah penuh dodol panas! Mamai2 gak Jan..Abang ipar yang tolong hantarkan ke hospital. . Terus tak tido sampai pukul 4am, tunggu en.suami balik hospital. Maka, tido jap sekejap, sementara nak pukul 4.30am, nak tolong siapkan meja utk sahur. Pastu, lepas subuh masing2 tido sampai pukul 9am.. The whole house member! Penat tuh depa mengacau sampai 3am..


Kami bertolak ke Muar, pukul 6pm..kasik chance kat en.suami berehat. Sib baik dia boleh drive lagi...Nak volunteer drive, dia tak bagi..dia kata ok. Sampai2 muar, dah nak berbuka...alhamdulillah, selamat sampai.


First day raya, 1 Syawal..Boleh tak, lupa nak letak butang baju Melayu kat baju en.suami!!! hahahaha, kalut nak masukkan butang pada baju Melayu bila dia nak gi sembahyang raya. Well, masa ni Jan belum mandi...hahahahaha. Lepas depa solat raya, barulah ampun maaf dipinta..kikikiki. Awal pagi, rumah mak dah kena terjah dengan adik beradik mak & anak2 buah dia...kelam kabut kami...hahahaha. Hidangan macam biasa, ketupat, rendang, ayam masak kuzi..dan special tahun ni raya pertama ada SATE! pergh, tu yang buat depa serbu umah mak..lebih kurang 11 biji kereta lah! huhu. 


First raya habih sekampung berjalan, sampai maghrib..waaaa, penat!
Second raya, beraya di kampung adik beradik abah di N9 sampai 9pm. Sampai Muar, pukul 11pm..singgah juga kat umah MIL jap untuk beraya.
Third raya, kami ke JB (rumah bakal besan mak aka tunang adik) dan ke rumah pak sedara abah & sepupu dia. Perghh, sampai rumah pukul 11pm gak..Penat nyeeee.. Ingatkan nak balik rumah MIL raya ke-3, tapi en.suami kata takpe, jom ke JB...


So, kami balik ke rumah sendiri dulu, lepas sampai dari JB. en.suami tak larat, maka Jumaat beraya di rumah MIL sampai hari sabtu. Semalam jek. Lagipun rumah adikberadik MIl & FIL tak ramai di Melaka/N9. Ada 3 buah rumah jek yang kami sempat. 


Oh, ya.. Anak-anak bulus berserta anak angkat, Oyen pun pulang beraya di Muar...Seronok nye depa beraya...hahahaha, tapi semua kena kurung dalam pondok besar lah..Kang ilang pulak..Kete kecik, penuh dengan kucing 5 ekor!!!! Satu beg pakaian jek.


Ermmm..apapun, raya kedua kami sebagai suami isteri. Still kelam kabut hahahahaha..Kena banyak belajar ni..kuikui


Rio
p/s : Berjaya menyelamatkan seekor anak kucing siam, namanya Rio. Berlegar2 di ofis mintak makan..


Panjang lak bila dah lama tak menulis..huhu. Layannnn