Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 3, 2011

Nora Elena & Seth Tan

Kredit to kepalabergetar
Assalamualaikum


Sekarang tengah melayan cerita di atas... Dan bergossip di FB tentang cerita ini juga.. Ditambah pula dengan Episode semalam, di mana Nora telah menerima Seth...Wah, romantik giler Seth dalam cite ni..Watak dibawa dengan jayanya..Tambah pula dengan Aaron Aziz, memang sajak dengan watak dalam novel.. Novel kan biasanya potret hero memang handsome, kaya, tegap dan sasa serta caring & romantik..biasalah tuh..


Tapi, memang sgt sweet episode semalam, adegan menangis kerana banyak dosa isteri, zalim melayan suaminya walaupun suami tak jemu & sabar melayan karenah isteri... dan bila Seth begitu cool dan sabar, bercakap tentang tanggungjawab suami..Dan romantik, bagi surprise bunga2 dalam but kereta..tapi muka still cool..Waduh2x, memang serius terjatuh hati dengan watak Seth..Dan memang setuju dengan Lynda yang menyatakan, 
"Sudah. Jangan mimpi.
Kembali ke dunia realiti ya?
Syurga kita pada suami, jangan minta mereka berubah sikap dan sifat.
Cintai mereka seadaanya, Allah menjanjikan syurga pada kita ;)"
Baiklah Lynda, Jan kembali ke dunia realiti...hehehe. Memang pun, bila waktu Nora Elena ditayangkan, of coz terawang-awang melayan perasaan. tapi, selepas itu..kembali ke dunia realiti..Dan seronok juga topik Seth Tan di bawa di office..hahahahaha

Secara rendah hati, suami kita pun memang mempunyai semua ciri pada Seth Tan, cuma ada kurang dan lebih sahaja. Apapun, terima lah mereka seadanya, bagaimana mereka menerima kita seperti diri sendiri. Tak diminta berubah atau mengubah apa2, cuma berubah perlu untuk kebaikan dua-dua pihak. Contohnya, tak pandai masak kena berubah slow untuk pandai masak...(macm Jan..hehe)

Kredit to beritagempak.com
Sekian....





No comments:

Post a Comment