Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 23, 2011

Lega

Assalamualaikum Semua.


Alhamdulillah lega sudah hati ini dari tertanya2 dan membuat andaian yang boleh berunsurkan fitnah serta gundah gelana.. hikhik.


Sure korang tertanya2, apa lah yg dibebelkan oleh pemilik blog ni kan? hahaha.


Ingatkan entry semalam "Muhasabah diri". I confront her and asked why she made statement like that in FB..Alhamdulillah, she just answered me honestly and it was far beyond my minds and prediction...hahaha. Tuhlah, betullah orang kata..kalau nak tahu apa2, just straight forward and ask the person. Face to face. Kan senang... Dah lega hatiku ini...hehehehe.


And to the person, I am sorry for the wrong judgement...:D peace no war!


:D

Thursday, December 22, 2011

Muhasabah Diri

Assalamualaikum Semua. 
Terdetik untuk berkongsi artikel ini sebab hal terjadi di ofis.. Sejak kebelakangan ini ramai sangat yang mengadu2 dalam FB dan membuat statement yang memerli secara terang atau tersirat. Ada tuh siap dengan surah2 Al-Quran.. Tapi terfikir juga, kalau niat anda baik oklah kot. Tp, tuhlah kita ni manusia biasa. Awak solat 5 waktu, bertudung, perilaku baik..tapi status mcm tuh, tahulah sakit hati & geram..menggunakan kata2 bijaksana atau surah2 Al-Quran (which I dont really know sgt hukumnya..). 
Just my opinion. Correct me if I am wrong tau!hehe
Tapi pada Jan, tak perlu kot letak kat status ayat2 mcm tuh, orang baca..dan terlintas untuk membuat andaian. Dan orang sekeliling ada paham kot status awak tuh! Dan tahu pada siapa anda tujukan..Pada Jan, takyah lah canang kat FB. Cukuplah anda seorang mengalaminya dan apa yang perlu buat adalah banyak2 bersabar dan berdoa. Doa orang teraniaya ni makbul..
Yup, dulu pun ada gak mengadu domba dalam FB, tapi lately ni..takmaulah. Buat apa lah mencanang kan. So..Jan tak setuju lah mende2 ni. Yang penting hati mau bersih!
"Kualiti amalan bergantung pada kualiti hati pelakunya. Setiap kali kita melakukan satu perbuatan, maka hati akan menentukan itu amalan baik atau sebaliknya. Berderma misalnya, ialah amalan yang baik tetapi sekiranya dilakukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk, ia bertukar menjadi riyak dan hukumnya berdosa.
Begitu juga solat. Pada zahirnya ia memang amalan yang mulia. Namun sekiranya hati orang yang melakukan solat kerana ingin “membesarkan” dirinya bukan membesarkan Ilahi, maka solat itu bukan lagi amalan yang mulia.
Maka berhati-hatilah menjaga hati kerana amalan yang sebesar gunung sekalipun tidak akan bernilai walau sedebu pun, sekiranya diamalkan tanpa ikhlas.  Hati bukan sahaja menentukan kualiti amalan seseorang, bahkan nilai orang itu secara keseluruhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak melihat kepada rupa paras kamu dan harta kamu tetapi melihat kepada hati-hati kamu dan amalan-amalan kamu.” (Riwayat Muslim)
Pernah diberitakan bagaimana seorang yang rajin bersolat pada waktu malam dan berpuasa sunat pada siang harinya, tetapi Rasulullah s.a.w. mengatakan dia ialah ahli neraka, kerana lidahnya yang suka mencela jirannya. Mengapakah lidah suka mencela? Jawabnya kerana hatinya masih kotor, walaupun ibadahnya banyak.
Dalam konteks yang sama, Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan bahawa tidak akan lurus keimanan seseorang, sehingga lurus hatinya. Dan tidak akan lurus hati seseorang, sehingga lurus lidahnya.
Sebaliknya, pernah Rasulullah s.a.w. memberitakan bagaimana seorang lelaki menjadi ahli syurga walaupun amalannya hanya “biasa-biasa” sahaja dibandingkan dengan para sahabatnya yang lain. Setelah diselidiki oleh Abdullah bin Umar, beliau dapati kelebihan lelaki ahli syurga yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. itu ialah dia tidak pernah menaruh rasa hasad dengki kepada orang lain. Sekali lagi ini membuktikan bahawa kualiti hati menjadi penanda aras kelayakan seseorang manusia untuk memasuki syurga.
Firman Allah yang bermaksud: “(Hari kiamat ialah) hari yang mana tidak berguna harta dan sekalian anak pinak kecuali orang yang membawa hati yang sejahtera.” (Surah al-Syu’ara 26: 88-89)

Credit to the Source : khairulaznan
p/s : peringatan untuk diri sendiri juga, semestinya! :D

Tuesday, December 20, 2011

Program Di Waktu Lapang

Assalamualaikum semuaaaaaa... 

ade ke yg nak jawab salam ni, sebab takde pengunjung pun masuk. Ni kan blog suka2...hehehe

Ok2x, mengaku..dah berkurun lama tak hupdate blog carca marba ni. Ampunn. Selalu teringat kat blog, tapi tak lah terbuka hati nak menulis. Atau, time ada idea mencurah2 bukak blog idea ilang...mcmana??? Memang sah tak boleh jadi penulis novel, pastu novel diadaptasi seterusnya Aaron Aziz yang berlakon!!!! Wah2x, verangan nampak!!! hahahaha

Ok, meh kita cite secara pukal & pendek2x. (tidak mengikut kronologi tarikh)

a) Ombak Rindu - belum sempat menonton. En.suami kata, tggu je kat astro first. Dia bagi green light untk subscribe. Alasan : tak mau teman I gi wayang tgk cite melayu...Sighhh, takpe2x boleh di tolak ansur. 

b) Anak Buah - yesss, adik ipar dah 2 bulan preggy! yess, cant wait for the kelahiran first anak buah in both families!! Sure banyak present dan gift dari uncle & aunties yg baik atie..haha

c) Jalan-Jalan Cari Makan - Hari tuh, saje kakak ajak gi family gathering makan2 dan jalan2 bulan lepas. So, first pergi Dinner di Istana Bambu. Prediction : Bolehlah, the food, the place, dapat dok dalam pondok, makan bersila. Haruslah tak boleh makan banyak kan? hehe. The daging goreng rangup memang best! Teh Tarik pun ok. Lauk2 lain semua biasa saje. Then, esoknya pergi ke Subang Parade. Mengorder dari Nurhuda (kawan FB) RV cupcake and rainbow cupcake...Yummmiee, memang best! Bila turun KL, memang akan order dari Huda ni
The rainbow cupcake..

The RV, always my fav

Pastu gi makan kat Penang Nyonya. Best cantonese kuey teow!! 
Yummiee

The Menubook - abaikan tgn si adik itu
d) Penang Road Trip - akhirnya, keretaku berjaya meredah jalan highway ke Pulau Pinang, dengan diri yang buta jalan ni..GPS memang membantu. Ada ke rumah kakak pun lupa nak tuju! Padahal selalu jek datang sana! haha. Ke Pulau Pinang - Ke Feringgi - Ke Alor Setar, Pekan Rabu. Oh, kami bawak mak Jan sekali...:D Kenapa ke Penang, en.suami bertanya. Bila dah balik ke Melaka, baru Jan bagitahu sebab nak bawak jalan2 sempena bday on 13dec..hehehe. Mcm last year, bawak dia gi Langkawi. Ehem2x, bawak bukan bermakna I support ek..hahaha. Timbang tara, sama bahagian agihannya..hahahaha. Eh, kira romantik lah tuh. 

e) Birthday En. Suami - On 13 Dec, 12.00am Jan nak siap2 sembunyi dengan pinggan di mana, ada one slice cake Indulgent dan Lilin yang dinyalakan. Sebab en.suami balik keje time2 macam ni setiap hari bekerja. Semua kucing2 Jan, menghadap jan nak kacau the lilin & cake!!! Ishhh...Time dia masuk je rumah dengan bagi salam (biasanya time ni, dah lena dalam bilik..so dia tak expect Jan pun)...Tadaaaaaaaaa, Jan kuar dari tempat persembunyian dan nyanyi kat dia.. Terkejut giler dia & of coz lah terharu.. Romantik tak???? hahahahaha. Sungguh lah itu perkara yang romantik penah dilakukan oleh orang yang tak romantik ni!!! Susah tau!
Pastu bila dia masuk bilik, tgk2 ada hadiah atas katil..Pun dia tak sangka!
                                                   
                                                      A card & A book
Buku untuk tambah ilmu kami berdua share. hehe
Oh, i even mintak cuti on 12-13/12, sebab nak meraikan en.suami. On 13/12, without his knowing..Jan masak!!! hahahaha, memang dahsyat lah kan masak lauk murahan je pun, lagi2 memang susah nak tgk Jan masak. Prefer makan luar atau tapau atau makan roti. Jimat. hehehe. Sorilah, ni memang surrender bab masak dari dulu. Oklah, lauk2 yang dimasak untuk dinner birthday boy (yang bekerja juga di malam hari kejadian) adalah Nasi, ayam goreng kunyit,  sambal ikan bilis, sayur sawi campur udang serta cendawan & sup suhun + pucuk + telur. Dan dah kata, lauk simple..takde lauk kebesaran pun! Tapi en. suami terharu & tak sangka Jan masak..dan makan banyak! Alhamdulillah. sebenarnya paksa dia habiskan, takpe dia rela! hahahaha

Ermmm..rasanya mcm dah habis cerita pukal ni. Takpe, nanti next entry yang tak tahu bila akan menyusul...hahaha

Till then, bubai



Monday, November 21, 2011

Kenduri Kahwin

Assalamualaikum Semua..


Semalam 20.11.2011...haaa, cantik kan tarikh? Selain 11.11.11...hehe. Of coz, ramailah mengakhiri zaman solo pada tarikh tersebut kan? Nape ek? Senang nak hingat anniversary kot? hehehehe.


Takpelah, moga semuanya dirahmatiNya dan bahagia hingga ke hujung nyawa. Aminnn.


And not forgetting, my dear Cousin (anak kepada adik Abah), Husna dear...She had her nikah day on Friday..Obviously I cannot attend. And the majlis persandingan di MBSA where  Mummy RR, Cik Puan Ann hosted her majlis too. And, the theme colour pun sama, Turquoise & White..huhu. Maybe fav colour Husna kot. It was two side of family punya majlis. Paham tak? Majlis dua pihak...diaorang join buat 1 majlis lelaki & perempuan..Jimat kot? sebab jemputan dia 400 orang jek!!!!


Bercerita tentang majlis Husna, semua ok. Cuma makanan mcm tak berapa sgt dan sikit sgt lauknya (pak andak, budget ek? ...hehehe). Sedara mara dekat dapat nasi tapau dan souvenir. Mehlah layan pictures..(taken by cheap handphone maa
centerpiece

arch
one of the kayu2 semasa walkway

pelamin

raja sehari

nak jalan dah raja sehari

souvenir

isi dalam goodies

whole walk way

last, pengantih close up
A simple wedding, banyak yang Husna buat sendiri rasanya...termasuklah the arch..ada pic2 yang tergantung2 kat arch tuh..tak sempat snap...huhu.


Tahniah pada pengantin, Husna & Husband.. Moga bahagia dan dikurniakan zuriat soleh & solehah...Amin


pic of me? biasa lah, low profile...Memang lupa nak mengambil pic sndiri..huk2x

Tuesday, November 15, 2011

Bakal Anak

Assalamualaikum & Hie semua..


Tajuk gempaq tak? Hahaha


Dalam sayu dan sedih gak hati ni, ada lah jugak terselit gembira..sebab Jan bakal dapat 'anak bbuah' dari adik yang baru kawin hari tuh.. Alhamdulillah, rezeki depa sangat awal... Baru 3 minggu kawen, Allah memberikan rezeki awal pada mereka berdua..Tahniah, tapi doktor kata masih awal lagi..So, my SIL tu kena lah jaga diri.. Antara simptom2 "berisi" adalah kencing kotor & sembelit, itu antara simptom yang SIL kena seminggu lepas kawen, sampailah majlis katrumah kami.. 


Patutlah kakak ipar Jan (abang suami), pun ada simptom mcm tuh, dan one of my friend jugak. Jan tak tahu itu simptom nye..huhuhu. Patutlah Jan takde pun kena kencing kotor, hahahaha tak berisi rupanya...kakakaka.


Yes, I am happy for both of them, so lucky baru kawen dah berisi..:((.. Yet, inside I am a bit sedih lah, dan terasa..Kalau dulu, kakak ipar yang pregnant dulu pun Jan menangis beria..Ini kan pulak, adik Jan sendiri...huhuu..


Hope I am so strong...Takpelah, Jan akan dapat anak buah! (dan of coz, bnyklah soalan2 maut dari sanak saudara pada Jan nanti..) I will deal them with a smile, tapi dalam makan hati..arghhhhhh


Here is the bakal F2B & M2B masa majlis di rumah 12 Nov lepas...Layannnn
Pelamin di luar rumah

F2B & M2B

Kami seisi keluarga
Ok...bubai

Wednesday, November 2, 2011

Adik Ipar Baru

Assalamualaikum & Hello Semua.


Jeng2x, best tak tajuk entry ni? hehehe.
On 29th Oct lalu, perkahwinan my little brother (not so little anymore, suami orang dah!) di Mutiara Rini, JB. Pernikahan berlangsung di rumah pengantin perempuan, diikuti dengan malam berinai dan bersanding esoknya (ahad)


Kami duduk di Homestay kat Mutiara Rini. Ada 2 buah rumah teres dan 1 rumah banglo untuk seluruh pihak keluarga & sedara mara dari belah Muar & Tampin. Alhamdulillah, homestay yang kami duduk, sangat selesa dan cantik serta bersih!


Dengan sekali lafaz, adik dah jadi suami orang wpun banyak giler dugaan sebelum nak menikah..hahahaha. 
dah selesai bergelar suami
Malam berinai pula berwarna biru.

Bersanding? Lupa nak amik pic sebab semua pic dalam kamera canon adik..hehe. takpe, nanti show u guys later ek.


Selamat Pengantin Baru kepada adikku, Mohd Hafiz & isteri, Sharina..Semoga sentiasa dilimpahi rezeki dan zuriat yang ramai. Pesanan penaja, banyak2 bertolak ansur dan bersabar, tolong menolong antara satu sama lain, ya!


Suka I dapat adik ipar yang pandai masak segalanya dan DIY! Marvellesssss (sbb SIL aka I, memang hampeh!) hahaha


Bye2x

Monday, October 17, 2011

Petang Hari Isnin

Assalamualaikum semua & hie




Di petang mcm ni, tiba2 hujan membasahi bumi Melaka, diiringi dengan kilat, guruh dan angin, bagus gak takyah siram pokok balik nanti..tapi makin gemuk lah lalang&rumput kat rumah..Erkk!..menakutkan bunyi guruh ni! Tapi still online & ber blog, huhu. Takde kaitan kan? hehe.


Esok pagi2 dah kena daftar diri kat hotel di Melaka, mewakilkan CEO yang tak dapat join.. Perghh, mewakilkan CEO, bunyi gempaq kan Jan. Tapi Jan orang2 biasa je..kuli capuk! Sure takde orang lain nak hantar tuh..hehehe. Lgipun, dipilih oleh Puan KJ (ketua jabatan) di sini..So, kita redha & ikhlas men"join"kan diri kat sana esok pagi...Makan freee kan! hehehe


Pastu rabu - khamis, akan meninggalkan en.suami sorang2 di rumah ditemani oleh anak2 bulus terchinta..huhuu...Kena gi bertugas di UPM pulak.. 


Bz tak schedule? (ahhh, perasan!)


alah, biasa je ni..takat meeting, takat gi UPM..apa lah sangat. Boleh dibilang, 4 bulan adalah 2 kali pergi...arahan namanya. Kot hari-hari gi meeting, kan naya kan? bosan lah pulak kan...hehehehe. Taklah mcm BFF I, Man (hahaha, suka2 panggil BFF) hari2 outstation, hari2 meeting, tgk muka dia pun serabut jek manjang. Bila dia tak serabut? Bila dah lepas waktu kije, baru lah berani nak tegur bukan2 ngan dia..bergurau senda..kikiki. Well, man...tuhlah natijahnya bila dah naik pangkat & gaji bertambah RM1k lagi...hahahaha, rilek ek Man..I sokong u dari belakang je! huhuhu


p/s : Jenguklah Liyana punya hobi terbaru, memang berseni & rajin M2B, Pn liyana ni..hehehe. I pun sokong u dari belakang ek dear! hehe


Ok, sekian.



Friday, October 14, 2011

Semporna = Sempurna ? Ok tidak

Firstly, maaflah lama gile tak mengupdate kat blog ini. Tiba-tiba lupa pulak..hahaha. Asik terjah & jengah blog kawan2 yang telah di bookmark! hehehe


Ok, meh lah kita mulakan sesi bercerita.


On 4hb-5hb Okt, dapat MC sebab demam, batuk & kepala berat sangat.. Yes!!! Boleh berehat! hahaha. Dan bila MC, maka ada lah gossip dan khabar angin kata diriku ini "berisi"! hehehe. itu adalah gossiping belaka! Dan tetiba, dapat call dari Ketua Jabatan, suh budak sakit ni pergi Semporna, Sabah pada hari Jumaat, flight pkul 720am dari LCCT..Of coz lah dari Melaka-LCCT kena bertolak dalam pkul 4am!!!!! Dalam mamai lepas makan ubat, terpaksa lah bersetuju apabila semua menolak! Isshhh, baik sgt kan orang sakit ni...Kikiki. Sebenarnya, sian kat KJ yg mcm berharap sgt Jan dapat pegi. tambahan lagi Timb. Pengarah  pun nak Jan pegi sgt! Ushhhhh, terpaksa lah dalam keadaan paksa rela! takpe, ikhlas2x!


Naik flight ke Semporna, kena turun kat Tawau Airport mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih. Perjalanan dari tawau ke semporna lak, 1 jam lebih. Nasib semua kos ditanggung, Jan pegi bawak diri jek! hahaha. Tak penah gi Semporna atau Tawau, pegi Kota Kinabalu je penah.


Memang ngantuk giler dan memang panjang perjalanan. Sampai kat Semporna, hotel budget jek pun...takde maknanya hotel seafest! Sebab ramai pergi kan..(budget sangat!) hahaha.
sampai bilik, semua dok kepenatan & zzzzzzzzzzzz. 
Kan, kata budget! takpenah dengar kan? haha
Oleh kerana, waktu malam cepat di Sabah, makan malam pukul van bawak kami semua pukul 7pm lah lebih kurang. 


Kronologi Makan-Makan Di Semporna :
Makan Thari (lepas touch down) = area airport tawau, Sup Payau (aka Rusa). Takde nak makan rusa! order nasi goreng kampung, lambat tapi bolehlah (sebab lapar kot) - Free aka Supported


Makan Malam Hari Pertama (Jumaat) = fail! lambat! (maybe salah kedai) - Free aka Supported
Breakfast Hari Sabtu = Nasi Goreng Ayam (lambat gak! tapi nasi tuh dia sepinggan penuh! habih diet) - Free aka Supported
Makan Malam Hari Sabtu = Dragon Inn, dekat ngan Seafest Hotel. Ni bayar sendiri ek...Lambat gak. Makan so-so..tiba2 teringat2 ikan bakar kat Melaka, secara tiba2. Gigih berjalan bersama kawan2 kerana makan makan something yg lain. Hujan lak tetiba nak balik, terpaksa amik teksi sapu (rm1 orang). dan rupanya memang banyak teksi sapu
Ni chalet floating nye. Restaurant kat belah kanan.
Breakfast Hari Ahad = Still kedai yang sama. Kali ni amik Nasi Goreng Kampung (lupa diri yang batuk, lalu order makanan pedas! serve me rite!) Malam tu, takleh tido sebab batuk. Sib tak kacau roomate tido..hehe
Makan Malam Hari Ahad = Kontraktor bagi makan nasi ayam (style semporna) & pau. Dua-dua Jan belasah tanpa rasa bersalah! (uwaaaaa)
Lunch Hari Isnin = Supported, nasi putih+ayam kari+telur masin 
Dinner Hari Isnin = Restaurant kat Kg Tampi-Tampi (salah satu set penggambaran Filem Duyung). Kat sini lah makan yang boleh diterima tekak! tapi still lambat. hehehe
Salah satu meal yg ada.
Akibat makan kat Tampi-tampi ni, malam tu Jan batuk2, muntah2 & CB!!! Hasilnya, bangun pagi dengan perut kelaparan. Walaupun member semua tak sentuh breakfast our last day, sebab tak sedap & tak lalu. Jan habih!!! hehehe. Lapar! wpun tak sedap Soto Ayam yang penuh dengan soohon kasar2, nasi impit 2 ketul tuh!


Dan thari kami makan di Ayamas, Tawau sambil shopping ikan bilis for the last time sebelum naik flight. In flight, company dah orderkan pre-order meal, iaitu Nasi Kari Hijau/Nasi Lemak..alhamdulillah, kenyang lah


Sampai Melaka pukul 3am (hari rabu)...Penattttttttttttttttttttttt.


Kesimpulannya, makanan memang out lah dari selera diri sendiri, tapi lapar punya pasal, belasah! Dan sangat lambat servis & sangat mahal, maybe mereka tahu kami orang luar, maka ditekannya harga. Mcm breakfast last day tu, order 2 soto ayam, 1 mee goreng (kosong & kaler kicap) dan 1 nasi pattaya (yg mana member sentuh sikit je, memang out) plus air2 = RM24!!!!! WTH!!!


So sorry lah klu ada orang2 sabahan yang baca blog ni..Ini cuma pandangan peribadi Jan. hehe. jangan marah.


wahhhhh, panjang entry kali ini, kan? Hahaha, selesai gak korang baca ek.


Nah pic tuan empunya tanah yang dah tembam di Semporna akibat makan tanpa rasa bersalah
Oh tidakkk, lihatlah ketembaman ku.uwaaa

haaa, Dr SMS pun datang tau! tapi TerLelap masa menteri berucap, kantoi SMS! hahaha
Sekian, saya yang melaporkan.. hehe







Wednesday, September 14, 2011

Tuesday, September 13, 2011

Cerita Puasa Enam

Salam Syawal Ke-15 hari ini..


Alhamdulillah, hari ke-2 berpuasa enam + ganti...hehehe. Insya Allah, akan diteruskan dengan jayanya! Caiyok!
Dan en.suami juga berpuasa hari ini. Semalam dia tak berpuasa..


Tapiii.....
tq en.google hensem
Ni nak cite...Boleh pula en.suami ni tekun berpuasa tanpa memberitahu pada Jan!!! Arghhh, geram jap. Sebab ape????? Sebab, Jan memang set alarm, tapi biasa lah mata ni ngantuk sangat, so tak bangun lah sahur. Sebelum en.suami tido semalam, dia ada kejut Jan tanya..dah set alarm bangun sahur? Jan pun cakap lah, dah. TANPA menyedari dia nak berpuasa...ingatkan dia cuma remind Jan jek..Sebab semalam dia tahu, Jan tak bangun sahur. Hehehe, tak ambil berkat bersahur...


So, pagi ni macam biasalah..Jan siapkan minum en.suami..nampak ada beg plastik roti bun atas meja..Dalam hati, sure en.suami belikan untuk Jan bersahur..Hahahaha, adakah eden yang bengap??? Atau pun lurus bendul???? Tak memahami...So, Jan letak je air susu anlene atas meja untuk en.suami. Bila ajak dia minum, dia kata dia puasa! Arghhhhhh, marah lah jap...tekankan suara sket..nape lah nak puasa tak bagitahu! At least, akan gagahkan diri untuk bangun 430am siapkan sahur untuk en.suami..Sian lak kat dia tak bersahur, dah lah ada gastrik sket..huhuhu.


Oleh kerana itu, harapnya en.suami mampu & tekun berpuasa penuh hari ini. Dia takpe lah puasa sunat. Jan ni puasa wajib...huhu. Dan esoknya, sila lah bangun sahur ya, Mrs Jan!!! wakakakakaka
baiknye lah pic ni..tapi ni bukan kami! hehe
Oklah, lain kali kita sambung...bubai...

Friday, September 9, 2011

Ish..Berhabukkk

Salam Lebaran hari ke-11 di bulan Syawal..Maaf zahir & batin.


Firstly, mak ai..lama benar tak mengomel dalam blog tak seberapa ni. Buzy barangkali, hahaha. Takde maknanya buzy, vitamin M banyak sgt ni.. Kikikikiki. Asik lah blog walking kat fav bloglist Jan.. Lupa kat blog sendiri.. Semua orang bercerita pasal raya & pic raya. Me??? Nan ado, pic raya. Kalau adapun, sekeping jek pic famili..itu pun camera adik. Pic berdua? Lupa nak snap. ampun. Ini jenis orang yg tak berapa suka bergambar...hehe


Oklah, cerita raya. Tema baju MERAH, sebab nanti senang adik kawen takyah cari baju..Tahun ini raya turn rumah mak..Yippieeee, cuti dah lama apply tuh. So, 29 28 ramadhan kami tido di rumah MIL, sebab adik beradik en.suami nak buat dodol. Biasalah orang Melaka, haruslah ada dodol nye. Dan tau tak, ada insiden yang menyebabkan en.suami ke Unit Kecemasan pada pukul 2am!!! Sebabnya, jari terkena curahan dodol yang panas...eeee, ngeri. Jan?? Dah lelap kul 1am..tetiba dia masuk, kejutkan suruh tukarkan dia seluar yang dah penuh dodol panas! Mamai2 gak Jan..Abang ipar yang tolong hantarkan ke hospital. . Terus tak tido sampai pukul 4am, tunggu en.suami balik hospital. Maka, tido jap sekejap, sementara nak pukul 4.30am, nak tolong siapkan meja utk sahur. Pastu, lepas subuh masing2 tido sampai pukul 9am.. The whole house member! Penat tuh depa mengacau sampai 3am..


Kami bertolak ke Muar, pukul 6pm..kasik chance kat en.suami berehat. Sib baik dia boleh drive lagi...Nak volunteer drive, dia tak bagi..dia kata ok. Sampai2 muar, dah nak berbuka...alhamdulillah, selamat sampai.


First day raya, 1 Syawal..Boleh tak, lupa nak letak butang baju Melayu kat baju en.suami!!! hahahaha, kalut nak masukkan butang pada baju Melayu bila dia nak gi sembahyang raya. Well, masa ni Jan belum mandi...hahahahaha. Lepas depa solat raya, barulah ampun maaf dipinta..kikikiki. Awal pagi, rumah mak dah kena terjah dengan adik beradik mak & anak2 buah dia...kelam kabut kami...hahahaha. Hidangan macam biasa, ketupat, rendang, ayam masak kuzi..dan special tahun ni raya pertama ada SATE! pergh, tu yang buat depa serbu umah mak..lebih kurang 11 biji kereta lah! huhu. 


First raya habih sekampung berjalan, sampai maghrib..waaaa, penat!
Second raya, beraya di kampung adik beradik abah di N9 sampai 9pm. Sampai Muar, pukul 11pm..singgah juga kat umah MIL jap untuk beraya.
Third raya, kami ke JB (rumah bakal besan mak aka tunang adik) dan ke rumah pak sedara abah & sepupu dia. Perghh, sampai rumah pukul 11pm gak..Penat nyeeee.. Ingatkan nak balik rumah MIL raya ke-3, tapi en.suami kata takpe, jom ke JB...


So, kami balik ke rumah sendiri dulu, lepas sampai dari JB. en.suami tak larat, maka Jumaat beraya di rumah MIL sampai hari sabtu. Semalam jek. Lagipun rumah adikberadik MIl & FIL tak ramai di Melaka/N9. Ada 3 buah rumah jek yang kami sempat. 


Oh, ya.. Anak-anak bulus berserta anak angkat, Oyen pun pulang beraya di Muar...Seronok nye depa beraya...hahahaha, tapi semua kena kurung dalam pondok besar lah..Kang ilang pulak..Kete kecik, penuh dengan kucing 5 ekor!!!! Satu beg pakaian jek.


Ermmm..apapun, raya kedua kami sebagai suami isteri. Still kelam kabut hahahahaha..Kena banyak belajar ni..kuikui


Rio
p/s : Berjaya menyelamatkan seekor anak kucing siam, namanya Rio. Berlegar2 di ofis mintak makan..


Panjang lak bila dah lama tak menulis..huhu. Layannnn







Thursday, August 18, 2011

Rutin Semalam

Assalamualaikum semua.


Salam ramadhan hari ke-18. Aii, kejap jer kan masa berlalu..Antra sedar atau tidak, masa akan sentiasa meninggalkan kita. 
Oh lupa nak berkongsi satu cerita gumbira, my bff Ida alhamdulillah tengah beroleh rezeki dari  Allah dah masuk 5weeks. I am so happy for her. Permata hati yang lama dinanti, selama hampir 4 tahun rasanya..Dan this ramadhan, Allah granted her prayers. Syukur... 



Opsiee, dah terpesong dari tajuk entry. kikiki. Ok, nak cerita rutin Jan semalam.
Ehemmm..meh kita mula!


Pagi 
of coz gi keje lah sampai petang.
Petang
 - sampai rumah 6.30pm (gitu lah setiap hari yee, paling awal pun 615pm)..
 - letak beg & beg plastik (berisi telur & kobis) yang dibeli thari..Tukar baju biasa. 
 - keluarkan menu yang nak masak. Oleh kerana, en.suami request western iaitu Burger 
            
- Guna instant Ayamas, tapi sila lah guna Ramly sebab lagi best! ni kes nak try test.
- pastu Jan siapkan goreng drummet & kentang yang dihiris untuk buat french fries.
           
- pastu kobis hiris halus2 bersama tomato --rendam dengan air garam sat.
- oh by this time, semua anak bulus dok melepak atas lantai, berposing tgk Jan 
  terkinja sorang2 kat dapur. Sorang, sebab en.suami tak balik sama, dia balik 
  lambat sket.  (p/s : Jan ni buat keje lambat sket, maklumlah tak pandai masak..)
- sambil2 tggu burger digoreng & drummet masak, kita gi basuh baju dulu!


Apabila semua dah siap, en.suami pun sampai lebih kurang pukul 7pm. Dia tolong siapkan roti burger dan buat benjo sekali..Yippieee, alhamdulillah, rajin ye cik abang ni..hik3x! 


Jan abihkan membasuh (guna machine). Dah berbuka semua, sidai baju & mandi...
Last sekali....mengadap Yang Satu.


Dan tido pukul 11.00pm, selepas tgk CSI : Miami...hukhuk. Time ni en.suami belum balik keje malam lagi..
Itu je rutin semalam. eh, semalam je ke? setiap hari bekerja...macam ni la..


sekian

Tuesday, August 16, 2011

Kisah Wardina

Assalamualaikum semua.


Sebenarnya dah tertinggal train sgt Jan ni...I think semua orang dah LIKE dan dah baca, even dah letak dalam blog. Mcm Pn Nana, thanks to her. Jan baru tahu adanya video ini..Terus ke FB wardina utk lihat response dari orang ramai. Dan terus terdetik untuk membuat posting untuk video ni.


Oh, my. Jan taktahu nak cakap apa. Sedih & terharu, rasa kecilnya diri in berbanding perubahan yang dilakukan oleh Wardina..begitulah Allah nak memberikan hidayah pada orang2 yang terpilih! Sangat suka doa yang Wardina amalkan dalam video itu.


"Rabana la tu zi'k kulu bana ba’dais hadaitana wahab lana mil ladun karoh mah innaka antau wahab."


SubhaAllah..sangat cemburu dengan mereka. Bukan senang nak dapat hidayah & petunjuk dari Allah. Betul juga kata Wardina, "bukanlah baik sgt,tapi berubah lebih baik dari dulu".


Sama-sama lah kita berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya. 


Harap Jan juga boleh berubah, insya Allah. Dan memang mahu berubah menjadi muslimah solehah. Doa kan lah, ya. Memang dugaan banyak untuk kita membuat perubahan. Jom kita mendengar & menghayati perubahan Wardina. Saling ingat mengingati..


Islam is the ONLY way of LIFE.

Monday, August 8, 2011

Hujung Minggu

Assalamualaikum semua


salam ramadhan ke-8 hari ini.. Meh kita cite, apakah yang dibuat di hujung minggu..Oleh kerana en.suami bekerja sabtu & ahad, balik rumah pun dah nak buka..Malas melanda diri. Maka, 
Menonton TV/movie di lappy adalah aktiviti
Tahu tak, favourite rancangan TV bila buka TV?
Merlin S1 & s2 tengah marathon kat TV..hehe
Ni pun dah habis semalam, dah lama tahu JUARA..tapi syok tgk  masakan
 Jgn lak fikir 24hrs di TV tau..Keje umah kenalah buat dulu, baru leh berjimba2..huhu


Chronology hari Jumat 
buka puasa di Sudaibah, sebab tetiba ada orang nak makan nasi kandar 


Hari sabtu
Lipat baju & Basuh baju - pakai mesin lah..hehe
Memandi kan LIMA ekor kucing, memang penat & very challenging..Hampir 2 jam lebih gak lah!
Dah siap mandi, barulah leh lepak buat aktiviti kat atas...hehehe, sambil melayan kucing2.
En.suami tepon, tanya nak beli ape? Jan ckp, beli lah apa abang nak makan..
Maka, buka nasi ayam made in pasar ramadhan..hehehe. 
Malam, en.suami kuar gi Tesco..Jan? Tak teman sebab ngantuk..Gile kentang memang ngantuk, pukul 9am dah zzzzzz, langsung tak sedar ape..sedar2, kena bangun siapkan sahur..hehehe


Hari Ahad
Sapu umah & kemas sket dapur, sikit jek pun...hehe. Dah kata, malas kan..Dok kena tinggal sorang lagi..huhu
Layan movie jap kat laptop..
Pastu layan tv
Pastu petang gi umah in-law berbuka dengan depa.
MIL bungkus kan makanan banyak untuk sahur..hukhukhuk..


Hari Isnin???
Hari ni rasa nak masak..hehehe
Basuh baju & lipat baju.. Basuh 2 hari sekali je. Maklumlah sidai baju kat dalam umah..So biar baju lama sikit tersidai..huhu


Pelik kan? Masa waktu keje rajin memasak. Masa weekend malas tahap gaban, lagi2 sebab tak p****..huhu


bayangkan kalau dah ada BABY??? Alamatnye memang kena extra rajin & berubah schedule ni! hikhikhik


Yesss, tak sabar nak gi shopping weekend ni ngan my famili kat KL...yeppiii!!


Till then..

Friday, August 5, 2011

Perasan Sendiri kah?

Assalamualaikum semua.


Salam ramadhan ke-5 hari ni. Semalam berbuka dengan memanaskan balik Nasi Goreng CiliPadi Majmuk (bagi nama sendiri huhu) & sambal kaw sardin...Perghh, licin beb! En.suami beli daging ayam percik. Owh, lupa nape "memanaskan balik" ---- sebab kelmarin en.suami demam+pening Kepala+food poisoning..So, dia takleh masuk nasi..kang ter"buek" kat toilet sorang2. Hehehe. So, kelmarin berbuka roti sahaja.


Oh lupa nak snap picture juadah semalam. Tak sempat lah..huhu.


Eh, dah lari topik ni...Ok, tajuk "Perasan Sendirikah?". well, Jan memang selalu mengalami masalah ni. Selalu dok perasan 

  • Ada jek individu yg tak puas ati ngan diri ini
  • Ade jek yg mengumpat Jan..dan sewaktu ngan nya
  • Ada jek yg people judging u, ur clothes, ur face..dll
  • Ada jek yg nampak I cantik..hahahahaha. Ni memang kes perasan

Kan? Korang penah ke mengalami situasi mcm ni? Orang kata, ini contoh low self esteem..tiada keyakinan..tak percaya pada diri..dan byk lagi. Kata gak, my friend cakap..takyah pk banyak2, kita bukan kcu orang pun..Mcm aku buat hal aku, ko buat hal ko..haaaaa, mcm tuh lah. 


Kenapa kita berperasaan mcm tuh ek?

Thursday, August 4, 2011

Bestnye

Assalamualaikum semua


Bestnye kalau ada masa lapang & duit terlebih sket..
Bestnye bila tgh stress/bosan tahap gaban atau sewaktu dengannya..
Teringat2 kat bawah ni! Nak pergi lagiiiii.....
                        
Mula-mula naik mcm tak takut, sekali dah berpusing tuh! hamekkk!
Ni pun sama...masa nak naik, rilek. Sekali bila turun! pergh jantung tinggal kat atas!
 
I miss GH..bila lah nak berjimba lagi kat sana..:(

Wednesday, August 3, 2011

37

Assalamualaikum semua.


Setelah dok mengira dan menghitung hari..
Setelah dok verangan dan berharap andai "itu" rezeki kami, tambahan pula di bulan penuh rahmat..dok verangan mcmana handle puasa klu "itu" rezeki..
Setelah selesai download Tazkirah Ust. Siti Bahiyah tentang "Perkara Baik Semasa..."
Setelah counting bila hagaknye "due"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Akhirnya, "itu" memang BELUM rezeki ku...Hari ke-3 Ramadhan, bff datang munculkan diri, setelah 37 hari..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Berkecai SEMUA verangan & harapan di atas tadi.
Oleh itu, mehlah kita tak putus2 doa, usaha & tawakal. Selagi bukan belum ada, meh berhoneymadu...yeahahhh!



Friday, July 29, 2011

Datang Lagi

Assalamualaikum semua.


Sempena lagi 2 hari ni nak menjengah ke Bulan Ramadhan yang penuh rahmat ni, Jan ingin mengucapkan Selamat Berpuasa Penuh, tapi klu dah namanya perempuan..pepandailah ek, klu dapat pose penuh, alhamdulillah.. Klu tak, ingat2 lah ganti pose tuh awal. Senang, masa bulan syawal buat sekali Puasa 6 & Ganti...Dan lebih mudah..insya Allah.


Moga ramadhan kali ini dipenuhi dengan amal ibadat yg lebih dari tahun lepas, insya allah.
Dan terawih pun harap boleh juga dipenuhkan.. sangat rugi klu tak solat terawih. 
Insya Allah, kalau Allah bagi kekuatan, kemudahan sihat tubuh badan..pasti ramadhan kali ini lebih memberikan ganjaran dariNya..



Akhir kata, ikhlas dari Jan & suami. Kami mengucapkan selamat berpuasa dan maafkan andai ada salah & silap.

Thursday, July 21, 2011

All-In-1


Assalamualaikum..


Tiup sket abuk2...hehe, sib baik tak banyak habuk lagi. Tapi boleh lah tulis nama atas habuk tuh..haha. Lama tak berblog gara2 SANGAT buzy hari-hariku ini..Dush!Dush! Tumbuk sket diri, sebab tetiba rasa bengap jap. Apa kaitan? lantakkkkk..

Ok, so kita nak update entry ni dengan segala mende yg tercetus kat kepala...dari segala aspek. Kalau rasa nak pening2 lalat baca, sila tekan ikon close kat hujung atas window ni..hukhuk

First nak cite mende2 yg dibeli online atau order online. Senang rupanya dok membeli-belah online ni, lagi2 bila duit baru masyuk.. lupa diri jap, Seyes memang leh jadi mcm ketagih lak...haha. Di bawah adalah beberapa website yg memang penah dapat duit dari ku...kikikiki. Dan sgt puas hati dengan peniaga online ini!
a) Tuan Tanah - Pn Ika yang sgt comel - 3 jenis tdung syria ( 2 syria denim polkadot. 1 lagi tak hingat)
b) Tuan empunya - Pn Nadia cantik manis - saya beli bag yg sgt puas hati..Nadia ni kawan baru saya. baru add di FB, beli pun kat FB trendy handbag..heeee..(dah mintak izin Nadia utk copypaste pic..hehe)

c)Tuan Punya - Pn Ila - beli banyak gak tshirt kat Ila..Ila pun jadi kawan baru saya! sukeee
d) Cik Dini - ni tetiba terpengaruh beli VCO kapsul...hehe. dan dini pun kawan saya!
e) Pn Hana - ni pun terpengaruh dengan kesedapan pic2 kek hana. dah beli mini RV, choc ball & kerepek.sedap I tell u. raya ni order beskut dengan hana.. Ni pun kawan baru dalam fb..heee (ni pun dah mtk ijin hana..heee)


f) Pn Lynda - ni order TQ tag utk wedding adikku..tapi belum dapat lagi lah. sebab wedding lama lagi. Lynda ni baik orangnye...kawan baru saya juga! Heheee
g) dan banyak lagi sebenarnyee…tapi sekarang banyak beli kat FB lah, termasuklah barang2 kereta (contohnya silicon wiper & GPS) Ini member lama FB mekapkereta,
h) beli baju dari Pn Fida, ni kawan seUniv.
i) beli 3 pasang baju jugak kat Gorjes, ni pun tak penah mengecewakan
j) penah order dari Pn Ida Maslina utk muffin masa bertunang..heavennn!! sgt cntik
k) order kek marble utk tunang adik & cheese tart dari Kak Su, sagt recommend!!!

Banyk lagi sebenarnye, dah lupa…maklumlah processor dah lama, lupe nak upgrade…haha

Cite yang lain, saya dah berkawan secara maya dengan beberapa blogger yang otai..saya suka follow & baca blog mereka. Banyak memberikan inspirasi dan motivasi…buat saya senyummmm, ketawaaaaaa.. antaranya Lynda, Renee, Hana, AnnLiyana dan Nadia..ni antara yang saya ingat buat masa ni. Mereka semuanya peramah2 belaka.. Dan saya senang dengan mereka..

Lagi??? Ermm minggu ni bz sebab kena buat buku konvo!!! Adusssss…

Sekian.